Connect with us

Mobile Legends

Mobile Legends Wanita: Erin KARRA mahu berjuang untuk Malaysia

Published

on

Foto: Facebook Erin KARRA
KUALA LUMPUR – Kapten pasukan Mobile Legends KARRA, Erin, berhasrat untuk melakukan yang terbaik dalam kejohanan Asia Tenggara, Squad Up: Athena 2021 yang akan datang.
 
Erin berkata, dia berhasrat untuk berjumpa dengan pasukan senegara, On Air Pipol, pada peringkat Grand Final kejohanan itu.
 
“Alhamdulillah kami menang (peringkat Malaysia), memang satu pengalaman yang baik apabila menentang pasukan On Air Pipol.
 
“Ia satu pertarungan sengit. Kepada pasukan Malaysia, mari kita berjuang untuk Malaysia.
 
“Harap dapat bertemu kembali di Grand Final Squad Up: Athena,” katanya pada Jumaat lalu dalam satu ucapan kemenangan.
 
Pada hujung minggu lalu, Erin dan pasukannya KARRA muncul sebagai juara Squad Up: Athena Malaysia 2021 dan akan membawa pulang hadiah wang tunai RM21,000.
 
KARRA menewaskan On Air Pipol 3-1 pada peringkat Grand Final Squad Up: Athena Malaysia 2021.
Kejohanan itu merupakan inisiatif daripada RMG dan IGN SEA untuk memperkasakan para pemain wanita dalam arena e-sukan.
 
Perlawanan akhir Squad Up: Athena 2021 akan berlangsung pada 15 Januari nanti dan menawarkan hadiah wang terkumpul RM42,000.
 
Ia melibatkan penyertaan tiga negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia dan Filipina.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved