Mobile Legends
NA di SEA: Mobazane bersedia belajar bahasa tempatan

PEMAIN Mobile Legends Amerika Syarikat yang sedang meningkat naik, Michael Cosgun (Mobazane) bersedia untuk mempelajari bahasa tempatan jika diberi peluang untuk berhijrah ke negara Asia.
“Saya juga akan cuba mempelajari bahasa tempatan,” kata Mobazane secara ringkas dalam satu catatan Insta Story baru-baru ini.
Pada Jumaat lalu, Mobazane yang kini bermain untuk pasukan Blood ThirstyKing (BTK), meluahkan hasrat untuk mahu menjadi pemain profesional sepenuh masa di rantau Asia Tenggara.
BACA: Mobazane nak main MLBB di Asia
Susulan hasrat Mobazane itu, CEO organisasi e-sukan Indonesia, RRQ, Andrian Pauline (AP) menyifatkan kehadiran pemain rantau Amerika Utara (NA) akan memeriahkan lagi arena Mobile Legends di rantau ini.