Connect with us

PUBG Mobile

PMGC: Pemburu mohon maaf tak perform dengan baik

Published

on

Foto: YouTube / @pubgmobile.esports.my

PEMAIN e-sukan tanah air, Sahrul Daulay Jailani (Pemburu) memohon maaf kepada peminat kerana kurang beraksi dengan baik pada hari pertama Grand Final Kejohanan Global PUBG Mobile (PMGC) 2021 semalam.

“Minta maaf kerana kurang perform (beraksi baik).

“InsyaAllah, hari ini kami akan melakukan satu kebangkitan,” katanya dalam satu catatan Instastory pada malam tadi.

Pemburu dan 4Rivals Yoodo Alliance kini berada di ranking ke-13, dengan catatan 30 mata ketika ini.

Satu lagi pasukan Malaysia, Team Secret berada di ranking ke-12 dan mempunyai kutipan 37 mata selepas.

Pada semalam, jaguh liga barat, Kaos Next Ruya (NRx) mendahului ranking peringkat akhir PMGC dengan kutipan 76 mata dan satu Chicken Dinner.

Berikut adalah senarai pemenang Chicken Dinner hari pertama Grand Final PMGC 2021:

  • Peta 1 – Erangel – Stalwart Esports 🇲🇳
  • Peta 2 – Miramar – Alpha 7 Esports 🇧🇷
  • Peta 3 – Sanhok – Nigma Galaxy 🇮🇶
  • Peta 4 – Erangel – Kaos Next Ruya 🇹🇷
  • Peta 5 – Miramar – Natus Vincere 🇷🇺
  • Peta 6 – Erangel – Furious Gaming 🇨🇱

Grand Final PMGC 2021 akan kembali untuk hari kedua dan akan disiarkan secara langsung di YouTube PUBG Mobile bermula jam 7 malam.

Ia menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM14.2 juta (AS$3.4 juta) pada peringkat itu.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved