Connect with us

PUBG Mobile

Nigma Galaxy perform sampai Top 3 kerana analisis data

Published

on

Foto: Nigma Galaxy

“SAYA selalu mengingatkan perkara ini kepada pemain saya iaitu jangan teragak-agak dan percaya kepada data.

“Tapi yang paling penting, nikmatilah keseronokan dalam permainan.”

Itu kata-kata jurulatih Nigma Galaxy, Muhammad Hazwan Halim (Savior), ketika mengulas mengenai pencapaian anak-anak buahnya ketika meraih tempat ketiga dalam Kejohanan Global PUBG Mobile (PMGC) 2021 baru-baru ini.

Savior berkata, pemain-pemainnya tidak mengikuti maklumat yang didapati itu secara 100%, memandangkan akan ada perubahan berdasarkan corak permainan.

“Ada yang akan ubah sikit apabila semua sepakat untuk melakukan satu perkara dalam permainan.

“Mereka akan mengimprovisasi berdasarkan data. Jika anda dapat lihat perubahan ketara Nigma Galaxy adalah ketika Super Weekend 1,2 Liga Timur PMGC 2021. Ketika itu mereka memang mengikuti data secara penuh,” katanya ketika dihubungi WTM Today.

Pada Ahad lalu, Nigma Galaxy muncul sebagai pasukan ketiga terbaik dunia, dalam kejohanan Grand Final PMGC 2021.

Savior yang mula berkhidmat untuk Nigma Galaxy pada November 2021 lalu, berjaya membantu pasukannya mengutip 166 mata secara keseluruhan pada peringkat akhir kejohanan ini.

Menerusi kemenangan sebagai Top 3 itu, Nigma Galaxy membawa hadiah wang tunai kira-kira RM1.3 juta (AS$330,000).

Sementara itu, Saviour juga berkongsikan yang dia dan pemain-pemain Nigma Galaxy memang tiada masalah dari segi komunikasi memandangkan penggunaan Bahasa Inggeris antara-antara kedua-dua pihak berada di tahap yang baik.

IGL (ketua dalam permainan) saya, Raouf Abdellah yang berasal dari Algeria memang sangat bagus bertutur dalam bahasa Inggeris.

“Cuma ada seorang pemain saya yang lain, dia jarang bercakap dalam Bahasa Inggeris, tapi kawannya boleh terjemahkan untuk saya.

“Tapi setakat ini, memang tidak ada masalah,” tambahnya.

Selepas tamat PMGC 2021, Nigma Galaxy kini dalam persiapan untuk menyertai Liga Profesional PUBG Mobile Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) 2022.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved