Connect with us

PUBG Mobile

Ryzen free agent, belum buat keputusan untuk sambung kontrak Bigetron RA

Published

on

Foto: Bigetron Esports

PEMAIN e-sukan popular Indonesia, Muhammad Albi (Ryzen) sah menjadi ejen bebas sejak akhir tahun lalu.

Ketua E-Sukan Bigetron Esports, Patrick Christian, berkata Ryzen masih belum memberi kata putus kepada pihaknya sekiranya mahu meneruskan kontrak untuk tahun 2022.

“Kontrak Ryzen sudah berakhir pada akhir tahun 2021. Bagi pihak pengurusan, kami juga sudah memberikan tawaran yang terbaik untuknya.

“Sekarang ini terpulang kepada Ryzen jika mahu bermain bersama Bigetron Red Aliens atau tidak.

“Kami masih mahu Ryzen bermain bersama Bigetron,” kata Patrick.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media secara atas talian pada malam tadi.

Ryzen merupakan antara perintis Bigetron Red Aliens dan mula menyertai pasukan itu pada tahun 2018.

Sejak berkhidmat dengan gergasi Indonesia itu, Ryzen berjaya membantu Bigetron Red Aliens menjuarai Liga Profesional PUBG Mobile Indonesia (PMPL ID) peringkat liga sebanyak tiga musim berturut-turut.

Pasukan itu juga pernah menjuarai PMPL Asia Tenggara Musim Kedua 2020.

Ryzen juga berjaya muncul sebagai juara dunia sebanyak dua kali iaitu Grand Final PMCO Global 2019 dan PMWL S0 (Timur) 2020.

Pasukan itu bagaimanapun menunjukkan prestasi yang serba tidak jadi pada PMGC 2021 baru-baru ini.

 

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved