Connect with us

Mobile Legends

Coach Zico sah sertai Team Secret

Published

on

Foto: MOONTON GAMES

KUALA LUMPUR – Jurulatih daripada Filipina, John Michael Dizon (Zico) sah berkhidmat untuk Team Secret bagi Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) Malaysia Musim Ke-12 2023.

Perkara itu diumumkan secara rasmi oleh pihak liga pada semalam.

Zico sebelum ini membawa gelombang baru dalam arena kompetitif MLBB di Kemboja.

Pada MPL Musim Bunga 2022 yang lalu, Zico membantu pasukan Burn X Flash muncul sebagai juara liga sehingga menjadi wakil Kemboja ke Kejuaraan Dunia M4.

Zico bagaimanapun bertukar pasukan pada musim berikutnya apabila memilih untuk menyertai PRO Esports. Dia dan pasukannya mengakhiri edisi musim itu dalam kelompok empat terbaik.

Memilih Malaysia sebagai destinasi yang seterusnya, Zico membantu Team Secret melayakkan diri ke MPL selepas mengharungi semua peringkat kelayakan.

Untuk rekod, Team Secret tidak menggunakan nama lain ketika melalui pusingan kelayakan.

Zico kini mempunyai cabaran baharu terutama dalam menghidupkan peluang Team Secret untuk memberi saingan sengit di peringkat liga memandangkan pasukan itu tidak mempunyai sebarang rekod kemenangan pada musim lalu sehingga kehilangan slot.

MPL Malaysia akan membuka tirai pada 18 Ogos nanti.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved