Connect with us

Mobile Legends

3 Pemain ‘log out’ sebelum MPL, Lunatix rugi hampir RM10,000

Published

on

Foto: MOONTON GAMES

KUALA LUMPUR – Tiga pemain import Lunatix iaitu Kyaw Bo (Zippy), Hein Thu (Kid) dan DJ sah meninggalkan Team Lunatix pada malam tadi.

Dalam satu pengumuman, Team Lunatix berkata pihaknya telah pun membayar elaun pendahuluan bagi ketiga-tiga pemain itu yang bernilai hampir RM10,000 pada Jun lalu walaupun mereka belum tiba di Malaysia pada Julai.

Team Lunatix juga mendakwa Kid dan Zippy secara senyap-senyap telah pulang ke Myanmar pada 5 Ogos lalu tanpa memberitahu pihak pengurusan.

“Kami akan memberikan kontrak (pemain) kepada pihak Moonton dan MPL Malaysia.

“Kami dimaklumkan Kid dan Zippy tidak suka barang-barang runcit yang dibelikan. Mereka juga tidak makan masakan kami dan memilih untuk makan di luar,” kata Team Lunatix dalam satu kenyataan.

Team Lunatix juga mendakwa Zippy menuntut beberapa tuntutan menerusi wakilnya iaitu bayaran elaun pada bulan Ogos dan permohonan untuk bermain di peringkat kelayakan Kejuaraan Dunia M5.

Jelas Team Lunatix, Zippy perlu rujuk kepada pihak Moonton dan MPL Malaysia berhubung isu bermain di pusingan kelayakan M5 memandangkan namanya telah pun didaftarkan dan dikunci dalam barisan pemain liga MPL Malaysia.

Berkenaan dengan bayaran elaun bulan Ogos, Team Lunatix berkata pihaknya terpaksa menolak tuntutan itu memandangkan Zippy tidak mahu bermain dan tinggal di Myanmar.

“Secara jujurnya, kami tiada sebab pun nak membayar mereka memandangkan mereka meninggalkan pasukan dengan sesuka hati tanpa mengikut SOP (panduan),” tambah Team Lunatix.

Pasukan itu kini berhubung rapat dan memberi kerjasama yang diperlukan dengan Moonton dan MPL Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

MPL Malaysia akan membuka tirai pada 18 Ogos nanti dan perlawanan pertama Team Lunatix akan bermula pada Sabtu, 19 Ogos menentang pasukan yang sedang meningkat naik ketika ini, Selangor Red Giants.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved