Connect with us

Mobile Legends

Mobile Legends boleh jadi popular seperti bola sepak atau badminton

Published

on

KUALA LUMPUR – Permainan video dan e-sukan mudah alih Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dilihat berpotensi meraih populariti yang lebih luas seperti arena bola sepak dan badminton di Malaysia.

Pengasas Homebois Worldwide, Nureddy Nursal (Daddyhood), MLBB dilihat mempunyai ekosistem yang meyakinkan ketika ini, terutama di peringkat tempatan dan Asia.

“Ekosistem MLBB masih lagi kukuh dan pihak mereka juga mempunyai kalendar acara kompetitif tahunan yang meyakinkan.

“MLBB ada pelbagai acara offline dan mungkin bakal menjadi popular seperti bola sepak atau badminton,”kata Daddyhood ketika menjawab soalan peminat menerusi acara Homebois Day Out di Box Kuala Lumpur pada malam tadi.

Acara itu merupakan sesi mesra Homebois bersama peminat sebelum Liga Profesional MLBB Malaysia ke-12 (MPL MY S12) membuka tirai pada 18 Ogos nanti.

Ia juga memberi peluang kepada peminat Homebois untuk bertanyakan sebarang persoalan terus kepada pihak pengurusan Homebois Worldwide.

Antara soalan yang menarik perhatian adalah: “Apa masa hadapan pemain-pemain MLBB jika e-sukan itu akan mengalami situasi (sendu) seperti PUBG Mobile ketika ini?”

Daddyhood menjawab, perancangan MLBB ketika ini dilihat kukuh berdasarkan perancangan tahunan yang dilakukan.

Tambahnya, kestabilan ekosistem MLBB Malaysia juga akan bertambah kukuh jika menerima sokongan daripada kerajaan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved