Connect with us

Mobile Legends

Masalah mata sejak kecil, NSEA, Esports MedicA bantu Xavier buat rawatan

Published

on

Foto:tiktok nsea

KUALA LUMPUR – Disangka rabun biasa, rupanya masalah Lazy Eye.

Pemain profesional Mobile Legends, Xavier, akhirnya menerima bantuan kanta lengkap khas selepas didapati penglihatan yang kabur iaitu Mata Malas (Ambliopia / Lazy Eye).

Jelas Xavier, dia sebenarnya tidak tahu masalah yang dihadapinya itu sehinggalah dia melakukan satu pemeriksaan kesihatan bersama sekumpulan doktor daripada Esports MedicA di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru ini.

Pemeriksaan kesihatan itu adalah antara usaha pasukan MPXNSEA dengan kerjasama Esports MedicA dalam memastikan pemain-pemain e-sukan itu dalam keadaan yang baik.

Esports MedicA atau Esports Medical Academic pula adalah satu jawatankuasa perubatan komprehensif dari USIM, yang khusus tertumpu kepada pemain Esports dan pemain permainan video.

Berbalik kepada kisah Xavier, dia berkata mata di sebelahnya sudah tidak nampak dengan jelas seperti orang biasa.

“Sejak kecil lagi masa saya sudah kabur dan ada masalah penglihatan di mata bahagian kiri.

“Saya cuma nampak warna dan pergerakan.

“Jadi apabila dewasa ini, baru dapat tahu saya ada masalah Lazy Eye selepas melakukan pemerikasaan kesihatan di USIM,” kata Xavier.

Dia berkata demikian dalam satu video TikTok yang dimuatnaik oleh pasukannya, MPXNSEA.

Sementara itu, Xavier turut meluahkan rasa syukur dapat dapat menyertai pasukan itu kerana banyak membantu dari segi kesihatan terutama masalah matanya.

Xavier dan MPXNSEA merupakan salah satu perserta liga e-sukan MLBB terbesar Malaysia, MPL MY.

Mereka akan bertanding di kejohanan itu bermula 18 Ogos ini di Dewan Sri Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Juara kejohanan itu akan mewakili Malaysia untuk bertanding di peringkat dunia.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved