Connect with us

Mobile Legends

Todak tak pernah kick Behave, dia yang dapat tawaran lain

Published

on

Foto: MOONTON GAMES

KUALA LUMPUR – Keputusan jurulatih Filipina, Coach Behave, untuk keluar daripada pasukan Todak adalah kerana kehendaknya sendiri.

Penganalisis Todak, Hazim Firdaus (Ajim) berkata Coach Behave turut menerima tawaran untuk pasukan luar Malaysia seperti Singapura dan rantau Timur Tengah.

“Coach Behave dapat tawaran sertai pasukan yang berada dalam Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Singapura dan MENA (Timur Tengah dan Utara Afrika).

“Dia dapat tawaran yang lebih baik dan dia sendiri yang berminat untuk ke sana,” kata Ajim.

Ajim berkata demikian dalam satu video YouTube yang dimuatnaik di akaun Todak pada semalam.

Dalam video tersebut menampilkan individu-individu penting dalam barisan pemain dan staf Todak yang menjawab beberapa soalan penting dari kalangan peminat dan komuniti.

Todak merupakan gergasi Mobile Legends tanah air. Pasukan itu memenangi liga e-sukan MLBB terbesar Malaysia sebanyak tiga kali, dan menjadi finalis grand final sebanyak tujuh kali.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved