Connect with us

Mobile Legends

Saya suka flank guna hero assassins – Demonkite RSG

Published

on

Foto: MOONTON GAMES

KUALA LUMPUR – Pemain import RSG, Jonard Cedrix Caranto (Demonkite) dari Filipina, sangat berpuas hati apabila perlaksanaan hero Joy yang digunakan pada semalam menentang pasukan Team Haq, membuahkan hasil.

Jelas Demonkite, dia sangat gembira apabila dapat mengaplikasikan segala latihan yang disertainya sebelum ini, ke dalam perlawanan kompetitif yang sebenar.

“Sebelum menyertai RSG, saya dah berlatih banyak hero terutama assassins.

“Sebab bila main assassins, senang nak pergi backline (bahagian belakang pihak lawan).

“Ada banyak dash, ada banyak skil untuk digunakan dalam pertarungan” kata Demonkite dalam satu sidang media pasca perlawanan RSG menentang Team Haq semalam.

Dalam perlawanan itu, RSG menang bersih 2-0.

RSG kini berada di ranking keempat liga, dengan kutipan tujuh mata setakat ini.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved