Mobile Legends
RSG vs Selangor Red Giants: Main layang-layang atau dilayang?

KUALA LUMPUR – Pemain EXP Selangor Red Giants Ilman Zareef (Gojes), berhasrat untuk mengalahkan pemain Jungler, Jonard Cedrix Caranto (Demonkite) sekali lagi.
Dalam satu sidang media semalam, Gojes berkata:”Kami sudah mengalahkan anda di Siri Profesional ESL Snapdragon bersama-sama bekas pasukan anda (RSG PH).
“Jadi, selamat datang ke Malaysia.
“Kami akan membantai anda sekali lagi,” kata Gojes.
Demonkite kini bermain untuk RSG cawangan Malaysia.
Perlawanan antara Selangor Red Giants dan RSG Malaysia dijangka akan bermula jam 5.30 petang nanti.
Selangor Red Giants masih mengungguli ranking liga di tempat pertama ketika ini dengan catatan 12 mata.
Sementara itu, RSG Malaysia berada di ranking kelima dengan 7 mata dalam tangan.