Connect with us

Mobile Legends

Blacklist International batalkan kerjasama dengan Lunatix

Published

on

FOTO: Blacklist International

SUSULAN dakwaan pemain-pemain MDL Blacklist Academy yang tidak dibayar gaji, organisasi Blacklist International akhirnya membuat keputusan untuk membatalkan kerjasama bersama Lunatix dengan serta merta.

Menurut satu kenyataan hari ini, Blacklist International berkata keputusan itu dilakukan selepas melakukan siasatan dalaman.

Jelas Blacklist International lagi, mereka juga akan mengambil alih pengurusan pasukan MDL itu bermula hari ini sehingga tamat musim nanti.

“Kami berharap anda dapat terus menyokong Blacklist Academy sepanjang musim MDL ini,” kata Blacklist International dalam satu kenyataan ringkas.

Sebelum ini media Filipina Spin.Ph melaporkan dakwaan pasukan Blacklist Academy yang tidak menerima sebarang gaji dan makan minum sepanjang liga bermula.

Situasi itu sekali gus menyumbang kepada prestasi buruk pasukan itu di peringkat liga.

Setakat ini, Blacklist-Lunatix mencatatkan kekalahan 0-6 di peringkat MDL Filipina 2023.

Dalam laporan itu juga menyentuh dakwaan pihak Blacklist Academy yang menyatakan Lunatix sepatutnya memenuhi keperluan pemain namun didakwa gagal untuk menyediakan perbelanjaan makanan dan membayar gaji pemain.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved