Connect with us

Mobile Legends

China semakin pasti ke Wild Card M5?

Published

on

FOTO: MOONTON GAMES,

NI HAO, MLBB!

Negara yang paling ditunggu-tunggu untuk menyertai MLBB, China, dilihat semakin pasti untuk menyertai saingan kompetitif e-sukan itu.

Dalam satu posting di Facebook pada pagi tadi, MLBB Esports memuatnaik satu ucapan selamat pagi dalam Bahasa Mandarin.

“Selamat pagi peminat-peminat MLBB!

“Semoga minggu ini baik-baik sahaja untuk anda!” kata MLBB Esports dalam kenyataan itu.

Sebelum ini, China difahamkan merupakan antara negara yang menjadi ura-ura untuk menyertai Saingan Wild Card Kejuaraan Dunia M5 yang akan berlangsung di Malaysia pada November nanti.

Mobile Legends versi negara tersebut iaitu Juéshèng diānfēng / The Pinnacle of Decisive Victory telah menerima kelulusan daripada pihak Pentadbiran Penerbitan dan Media Kebangsaan China.

Permainan itu menerima kelulusan itu ada 23 March 2023.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved