Connect with us

Mobile Legends

China sah sertai Wild Card M5, NOVA antara disebut akan dapat slot

Published

on

Foto: MOONTON GAMES

CHINA sah akan menyertai pusingan kelayakan Wild Card Kejuaraan Dunia Mobile Legends Kelima (M5) 2023.

Perkara itu baharu sahaja diumumkan pihak penganjur kejohanan, MLBB Esports, seketika tadi.

Pusingan Wild Card akan berlangsung pada November nanti, di Malaysia.

Dalam kenyataan yang sama, MLBB Esports juga berkata slot China ke Wild Card M5 itu akan diberikan kepada salah satu pasukan tersebut:

1. Longlong Gaming (LL)
2. NOVA Esports (NOVA)
3. Keep Best Gaming (KBG)
4. Mi Ya Gaming (MYG)

Sebelum ini, permainan Mobile Legends versi negara tersebut iaitu Juéshèng diānfēng / The Pinnacle of Decisive Victory telah menerima kelulusan daripada pihak Pentadbiran Penerbitan dan Media Kebangsaan China.

Permainan itu menerima kelulusan itu ada 23 March 2023.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved