Connect with us

Mobile Legends

Todak, dilarang beria – Sekys

Published

on

Foto: MOONTON GAMES

KUALA LUMPUR – “Todak, tadi bukan main beriya ya mahu merusuh saya (dalam game)?

“Saya main tank boleh lah. Kalau saya main assassins, sorry.”

Itu ketegasan yang dilontarkan pemain Jungler Selangor Red Giants Muhammad Haqqullah (Sekys) pada semalam.

Sekys dan Selangor Red Giants melakukan satu kejutan apabila memilih hero yang jarang digunakan iaitu Hanzo dalam perlawanan pusingan ketiga menentang Todak.

Hero Hanzo dilihat menjadi kunci kemenangan Selangor Red Giants apabila ia memberi satu kacau bilau kepada strategi Todak, terutama bagi bahagian pertahanan utama.

Sekys yang menggunakan hero itu pun dilihat seperti tidak diusik oleh pasukan Todak apabila dia selesa menyorok dalam semak sambil menggunakan skil Hanzo, Kinjutsu: Pinnacle Ninja.

Skil itu membenarkan Hanzo mengeluarkan satu kuasa jahat yang dikenali sebagai Hanekage daripada jasad Hanzo, dan kemudiannya mencari sasaran yang diinginkan.

Selangor Red Giants masih mengungguli ranking musim liga MPL Malaysia, kekal nombor 1 dengan catatan 12 mata ketika ini.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved