Connect with us

Mobile Legends

Gojes berhak taunting kami, sebab dia menang – Todak Ciku

Published

on

Foto: MOONTON GAMES

KUALA LUMPUR – Tidak tersakiti sedikit pun.

Itulah perasaan pemain Gold Lane Todak, Danial Fuad (Ciku) ketika ditanya mengenai reaksinya apabila dicemuh (taunting) oleh pihak lawan, Ilman Zareef (Gojes) daripada pasukan Selangor Red Giants pada semalam.

“Sebenarnya, saya okay sahaja.

“Sebab sebelum ini pun, Ozoraveki (penganalisis Selangor Red Giants) ada kongsikan dengan saya yang hari ini (semalam) dia akan buat spicy.

“Tak kisah kalau dia menang, dia spicy. Kalau saya menang, spicy-lah balik.

“Jadi, dia memang dah beritahulah. Itu memang (gurauan) antara kawan-kawan je.”

Jelas Ciku, dia memahami tindakan Gojes dan rakan-rakan adalah bertujuan untuk spicy (menghiburkan keadaan).

Penganalisis Todak, Hazim, turut senada dengan Ciku dan mereka menyatakan Gojes berhak berbuat demikian kerana Gojes dan Selangor dan Red Giants menang pada perlawanan semalam.

“Tidak mengapa, dia berhak (untuk spicy).

“Sebab dia menang,” kata kedua-dua ahli pasukan Todak itu.

Pada semalam, Selangor Red Giants menang 2-1 dalam perlawanan menentang Todak.

Selangor Red Giants masih kekal nombor 1 liga dengan catatan 12 mata setakat ini.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved