Mobile Legends
Status Valenz kini sebagai tidak aktif

KUALA LUMPUR – Pemain Roamer Team SMG, Valenz, sah diletakkan dalam status tidak aktif ketika ini.
Menurut Team SMG dalam satu kenyataan baru-baru ini, keputusan itu berikutan Valenz kini memberi tumpuan kepada pengajiannya.
Pada 5 Ogos lalu, Team SMG telah memperkenalkan barisan pemain dan staf jurulatih yang akan menyertai MPL MY S12 iaitu:
Lu Khai Bean (Sasa)
Hazziq Danish Mohammad Rizwan (Stormie)
Wan Mohammad Danish Safwan Mohd Sakirin (Subway)
Aeliff Adam (Smooth)
Kenneth Fedelin (Saxa)
Deomark Tabangay (Mikko)
Ren Paolo Villanueva (Pao) – Jurulatih
Nur Hanis Adlan Adnan (Haru) – Pembantu Jurulatih
Saw Kee Loong (Loong) – Penganalisis
Team SMG pernah menjuarai MPL MY Musim Ke-8 pada tahun 2021 dan mewakili Malaysia ke M3 yang berlangsung di Singapura.