Connect with us

Mobile Legends

Masih bersama Todak

Published

on

Foto: MOONTON GAMES

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangunan E-Sukan Todak, Ikuto, mengesahkan pemain Midlaner MLBB, Moon, masih bersama organisasi itu, cuma bukan berada dalam barisan utama skuad kompetitif MLBB.

Dalam satu kenyataan ringkas kepada kepada WTM Today, Ikuto berkata Moon dijangka akan memainkan peranan sebagai duta atau pempengaruh (influencer) bagi organisasi itu.

Sebelum ini, Todak baharu sahaja mengucapkan “Selamat Tinggal” kepada pemain Midlaner itu, selepas hampir empat tahun bersama.

“Dedikasi dan rendah diri anda menyentuh hati kami.

“Kami akan merindui anda namun legasi anda tetap akan kekal selamanya.

“Kami mendoakan yang terbaik untuk kejayaan anda,” kata Todak dalam satu kenyataan hari ini.

Moon antara perintis MLBB Todak sejak 2019.

Antara pencapaian tertinggi Moon bersama Todak termasuklah menjadi finalis Grand Final Liga Profesional Mobile Legends Malaysia sebanyak tujuh kali dan menjuarai liga tersebut sebanyak tiga kali sejak penyertaannya pada tahun 2019.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved