Mobile Legends
Kesihatan memang bagi impak prestasi pemain

“MINTA maaf prestasi (semalam) agak teruk.”
Itu kata pemain Yoodo Red Giants, Ilman Zareef (Gojes) selepas pasukannya kalah 0-2 kepada pasukan Indonesia EVOS Icon.
Jelas Gojes, dia juga tidak menafikan kesihatan juga memberi impak kepada prestasi pemain memandangkan ada beberapa ahli pasukan Yoodo Red Giants turut mengalami demam dan jatuh sakit termasuk dirinya.
“Terlalu memberi impak,” kata Gojes secara ringkas.
Dia berkata demikian ketika menjawab soalan pengulas Karakuri dalam satu penstriman langsung Bahasa Melayu Kejohanan Siri Profesional ESL Snapdragon Mobile Legends 2023, pada malam tadi
Namun begitu, Gojes turut meluahkan rasa keyakinan untuk memenangi perlawanan hari ini yang sekali gus meningkat peluang untuk mara ke peringkat pusingan kalah mati.
Gojes dan pasukannya Yoodo Red Giants bakal bertemu dengan RSG Singapura pada petang nanti
“Saya yakin 100%, 1000%”.
“Saya yakin sebab nak menang untuk ke playoff.
“InsyaAllah boleh menang,” kata Gojes dalam temubual yang sama.
Berikut adalah rekod perlawanan Yoodo Red Giants setakat ini:
1-2 vs ECHO
2-0 vs RSG Filipina
2-0 vs BurnXFlash
0-2 vs EVOS ICON
Ketika ini sedang berlangsung peringkat kumpulan kejohanan ESL Snapdragon itu. Setiap pasukan kini merebut slot 3 terbaik untuk mara ke peringkat kalah mati.