Mobile Legends
3 pemain Todak jatuh sakit

TIGA pemain Todak Apprentice iaitu Hazelnut, Genos dan Ayumi yang kini berada di Indonesia bagi menyertai kejohanan Siri Pro ESL Snapdragon MLBB 2023 dikejarkan ke klinik berdekatan selepas jatuh sakit.
Perkara itu dikongsikan oleh kapten Todak Apprentice, 4Meyz dalam satu temu bual penstriman langsung Bahasa Melayu Siri Pro ESL Snapdragon MLBB 2023 pada malam tadi.
Selain itu, pemain utama Todak, Cikugais turut memuatnaik foto di Instagram Stories yang menunjukkan ketiga-tiga pemain itu terlantar di klinik dan sedang mendapatkan rawatan.
Todak Apprentice merupakan antara wakil Malaysia ke kejohanan antarabangsa itu.
Ketika ini sedang berlangsung saingan peringkat kumpulan Siri Pro ESL Snapdragon MLBB 2023 dan setiap pasukan sedang memburu slot tiga terbaik untuk mara ke peringkat kalah mati.
Pada semalam, Todak yang berada di kumpulan B bertemu dengan pasukan Filipina AP BREN dan pasukan Indonesia Bigetron Alpha.
Todak Apprentice dijangka akan kembali bermain esok jam 7.45 malam menentang Aura Fire dari Indonesia