Connect with us

PUBG Mobile

Ada cubaan letak maklumat palsu dalam butiran Team Secret MY – Staf Liquipedia

Published

on

TINDAKAN tidak bertanggungjawab dalam kalangan warganet yang mengubah dan menambah butiran palsu di laman maklumat e-sukan, Liquipedia telah mengundang kekecewaan kepada pihak editorialnya.

Menurut staf Liquipedia, terdapat sebilangan akaun rawak yang cuba mengubah maklumat Team Secret MY di bahagian Kejohanan Global PUBG Mobile pada semalam.

“Sepanjang hari para editor kami menolak permohonan-permohonan penambahan maklumat itu.

“Sama ada mereka dari kalangan peminat atau sekadar melakukan jenaka, tindakan itu memang tidak sewajarnya dilakukan,” kata staf Liquipedia yang dikenali hesketh2 di Twitter.

Menurut bio hesketh2, dia bertanggungjawab untuk menjaga seksyen e-sukan PUBG, Wild Rift dan Call of Duty di Liquipedia.

Dia juga berkata, kenyataannya di Twitter itu bukan untuk menyinggung perasaan mana-mana peminat e-sukan Malaysia.

“Peminat Malaysia sememangnya penyokong yang baik apabila mereka menjadikan nama Team Secret MY dan Yoodo Gank tular (trending) beberapa kali, namun tindakan beberapa pihak boleh mengeruhkan suasana,” katanya.

Sebelum ini, beberapa tangkap layar (screenshot) yang dimuatnaik di Facebook menyaksikan nama pemain profesional PUBG Mobile Ahmad Fuad Razali (Fredo) tersenarai dalam Team Secret MY di Liquipedia.

Foto: Facebook / Khairul Amin

Setakat artikel ini ditulis, nama Fredo tidak lagi tertulis dalam barisan utama pemain Team Secret di laman Liquipedia.

Setakat ini, berikut adalah senarai rasmi ahli-ahli Team Secret MY:

  • Dhiya Ulhaq Mohd Arasz (uHigh) – Pemain rasmi
  • Raymond Tan (iShotz) – Pemain rasmi
  • Asyam Allam (Rex) – Pemain rasmi
  • Aekachai Areesanan (Madtoi) – Pemain rasmi
  • Muhammad Farhan Abdul Gaffar (Jangs) – Jurulatih rasmi
  • Partibhan Petchayappen (OnTheGo) – Pengurus rasmi

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved