Connect with us

PUBG Mobile

[GAMBAR] Sekitar KLIA bersama Team Secret MY

Published

on

PADA Khamis lalu, wartawan dan editor WTM Today, Mariah Ahmad sempat mengikuti Team Secret MY ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang akan berlepas ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu untuk menyertai Grand Final Kejohanan Global PUBG Mobile (PMGC 2020).

Seramai lima ahli Team Secret MY mengikuti penerbangan ke Dubai itu iaitu, Dhiya Ulhaq Mohd Arasz (uHigh), Asyam Allam (Rex), Raymond Tan (iShotz), pengurus Partibhan Petchayappen (OnTheGo) dan jurulatih Muhammad Farhan Abdul Gaffar.

Team Secret MY telah selamat tiba di Dubai pada jam kira-kira 2 pagi waktu tempatan dan kini bersiap sedia untuk menghadapi kejuaraan dunia itu.

Pengurus OTG, tiba lebih awal bagi memastikan segala persiapan Team Secret MY ke PMGC, Dubai berjalan dengan lebih lancar. Foto: WTM Today / MARIAH AHMAD
“Masih Single.” OTG yang juga pengulas profesional e-sukan sering bergurau di laman sosial yang dia kini mencari teman wanita. – Foto: WTM Today / MARIAH AHMAD
uHigh bergaya bersama beg yang ditaja syarikat TUMI di KLIA, Sepang – Foto: WTM Today / MARIAH AHMAD
“Saya akan buat yang terbaik untuk Malaysia! Jangan lupa tonton kami di PMGC,” kata uHigh dalam satu temu bual bersama WTM Today di KLIA, Sepang. – Foto: WTM Today / MARIAH AHMAD
Jurulatih Jangs sedang berhubung dengan keluarganya untuk mengetahui perkembangan adiknya yang perlu jalani pembedahan ketika itu. Foto: WTM Today / MARIAH AHMAD
uHigh bermesra bersama jurulatih, Jangs di KLIA, Sepang. Foto: WTM Today / MARIAH AHMAD
PERTAMA KALI beraksi di kejohanan offline, Rex berazam mahu memberikan yang terbaik untuk Malaysia. Foto: WTM Today / MARIAH AHMAD
REX sedang mendaftar masuk penerbangan ke Dubai. – Foto: WTM Today / MARIAH AHMAD
Di sebalik senyuman ini, iShotz mempunyai skil yang luar biasa dalam PUBG Mobile sehingga mampu mengerunkan musuh. – Foto: WTM Today / MARIAH AHMAD
Rex sedang mendengar perbualan uHigh bersama rakan-rakan lain. – Foto: WTM Today / MARIAH AHMAD
Bersiap sedia untuk berlepas, pemain Team Secret dari kiri, iShotz, Jangs, uHigh dan Rex melakukan satu penggambaran bersama Tencent Malaysia. Foto: WTM Today / MARIAH AHMAD
Ahli-ahli Team Secret bersiap sediah untuk mendaftar masuk beg yang dibawa di KLIA, Sepang. – Foto: WTM Today / MARIAH AHMAD
JALUR GEMILANG, DI BAWAH NAUNGAN MU! Pemain Team Secret bersama bendera Malaysia sebelum berlepas ke Dubai dengan menaiki pesawat Emirates EK347 – Foto: WTM Today / MARIAH AHMAD

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved