Connect with us

PUBG Mobile

PMGC: Adik Jangs selamat jalani pembedahan

Published

on

ADIK kepada jurulatih pasukan PUBG Mobile nombor satu negara Team Secret, Muhammad Farhan Abdul Gaffar (Jangs) selamat menjalani pembedahan pada semalam.

Dalam satu catatan Insta Strory pada awal pagi tadi, Jangs memuat naik foto keadaan terkini adik lelakinya itu dan menyatakan penghargaan kepada mana-mana pihak yang mendoakan kesejahteraan adiknya itu.

Difahamkan adik Jangs mengalami kesakitan di bahagian perut dan perlu menjalani pembedahan di salah sebuah hospital di Selangor.

Jangs kini berada di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bersama Team Secret untuk menyertai kejuaraan dunia PUBG Mobile Global Championship (PMGC) 2020.

Satu-satunya skuad Malaysia di PMGC 2020 itu telah selamat tiba di Lapangan Antarabangsa Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada jam kira-kira dua pagi tadi.

Team Secret MY merupakan antara 16 pasukan PUBG Mobile terbaik dunia yang akan bersaing dalam merebut gelaran juara dalam Final PMGC 2020.

Kejohanan yang menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM4.8 juta (AS$1.2 juta) itu bakal berlangsung di Coca Cola Arena, Dubai bermula 21 Januari sehingga 24 Januari nanti.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved