Connect with us

PUBG Mobile

PMGC: Ah Lan Wa Sahlan! Team Secret selamat tiba di Dubai!

Published

on

SATU-SATUNYA wakil Malaysia dalam kejuaraan dunia PUBG Mobile Global Championship (PMGC) 2020, Team Secret telah selamat tiba di Lapangan Antarabangsa Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada jam kira-kira dua pagi tadi.

Team Secret yang menaiki pesawat Emirates penerbangan EK347 berlepas dari Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 7.08 petang semalam.

Pemain Team Secret Dhiya Ulhaq Mohd Arasz (uHigh) dan jurulatih Muhammad Farhan Abdul Gaffar (Jangs) juga telah memuat naik gambar pada jam 3.20 pagi tadi yang menunjukkan mereka telah mendaftar masuk di tempat penginapan rasmi pemain-pemain PMGC, Hotel Hilton Dubai Al Habtoor City.

Selain uHigh dan Jangs, turut mengikuti kontinjen Malaysia ke kejohanan antarabangsa adalah rakan sepasukan Asyam Allam (Rex), Raymond Tan (iShotz), dan pengurus Partibhan Petchayappen (OnTheGo).

Skuad itu akan menyertai IGL Team Secret MY, Aekachai Areesanan (Madtoi) yang telah tiba sejak semalam.

Team Secret MY merupakan antara 16 pasukan PUBG Mobile terbaik dunia yang akan bersaing dalam merebut gelaran juara dalam Final PMGC 2020.

Kejohanan yang menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM4.8 juta (AS$1.2 juta) itu bakal berlangsung di Coca Cola Arena, Dubai bermula 21 Januari sehingga 24 Januari nanti.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved