Connect with us

PUBG Mobile

PMGC: Zuxxy, Luxxy positif COVID-19, 15 Jan lalu

Published

on

Foto: Bigetron Esports

PEMAIN Profesional PUBG Mobile Indonesia dari Bigetron Red Aliens, Made Bagas Pramudita (Zuxxy) dan Made Bagus Prabaswara (Luxxy) didapati positif COVID-19 setelah tiba di Dubai, UAE pada 15 Jan lalu.

Menurut Bigetron Esports, kembar itu telah kembali sembuh dan didapati negatif Covid-19 pada 19 dan 20 Jan lalu.

Bagaimanapun, duo tersebut masih di Dubai bagi menjalani kurantin selama 14 hari dan dijangka pulang ke Indonesia pada 31 Januari.

“Kami memohon maaaf kepada peminat kerana sikap tidak berdisiplin ketika waktu pandemik telah mengakibatkan kepada pencapaian yang kurang memuaskan,” kata Bigetron Esports dalam satu kenyataan media pada malam tadi.

Pada Final Kejohanan Global PUBG Mobile (PMGC) Musim Zero yang lalu, Bigetron RA meraih kedudukan keempat terbaik dengan kutipan 238 secara keseluruhan.

Bigetron RA berada di belakang Zeus Esports dari Mongolia dan 4AM serta NOVA XQF dari China.

Foto: PUBG Mobile

Meski berada dalam keadaan yang tidak sihat, Zuxxy dilihat berjaya dalam kelompok lima pemain terbaik Fraggers dalam final PMGC Musim Zero itu.

BACA: Apa jadi dengan Bigetron RA?

Pada 20 Januari lalu iaitu sehari sebelum kejohanan Final PMGC Musim Zero bermula, pihak penganjur, PUBG Mobile Esports menyatakan terdapat tiga pemain yang sah positif COVID-19.

Berikutan situasi itu, ia memaksa kesemua pemain yang bertanding perlu menjalani kuarantin secara berasingan dan menyebabkan lokasi kejohanan yang sepatutnya berlangsung di Coca Cola Arena, Dubai, ditukarkan kepada bilik hotel masing-masing.

Menurut Bigetron Esports, bermain secara berasingan ketika final memang tidak mudah.

“Komunikasi, kecergasan fizikal dan kestabilan mental menjadi faktor utama yang menjadi sebab kenapa mutu persembahan yang ditonjolkan tidak memuaskan.

“Kami mohon maaf kepada peminat dan seluruh pihak yang terlibat dalam final PMGC Musim Zero kerana tidak dapat melaksanakan acara dengan sebaiknya,” tambah Bigetron Esports dalam kenyataan media yang sama.

Pada hari pertama final, Bigetron RA yang berada di ranking tercorot memaparkan prestasi yang kurang konsisten sepanjang perlawanan berlangsung dan hanya mampu mengutip 15 mata secara keseluruhan selepas enam pusingan dimainkan.

Selepas hampir TooSoon dalam empat daripada enam pusingan yang dimainkan, pasukan Bigetron RA tidak menunjukkan corak permainan agresif dan strategik seperti yang dilakukan sebelum ini pada peringkat liga kejohanan.

Pasukan itu bagaimanapun kembali bangkit pada hari kedua perlawanan selepas melonjak secara drastik ke ranking kelima terbaik.

BACA: Mental juara ni bos! Bigetron RA bangkit semula dari tempat terakhir

Final PMGC Musim Zero bermula dari 21 Januari dan berlanjutan ke 27 Januari, menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM4.8 juta (AS$1.2 juta).

Kejohanan itu menyaksikan gergasi China, NOVA XQF muncul sebagai juara.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved