Connect with us

PUBG Mobile

“Terima kasih, kalian”-Bigetron RA

Published

on

DOMINASI pasukan profesional PUBG Mobile Indonesia, Bigetron Red Aliens di peringkat global mula tercabar apabila pasukan China, Nova XQF berjaya mengangkat piala kejohanan Final Global (PMGC) Musim Zero di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, semalam.

Sebelum ini, pasukan Bigetron RA telah memenangi kedua-dua kejohanan global edisi sebelumnya, iaitu kejohanan PMCO Musim Luruh 2019 dan Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur 2020.

Kekuasaan pasukan bertaraf dunia itu tidak lagi asing dalam dunia kompetitif PUBG Mobile dan jelas menjadi antara pasukan pilihan untuk mejulang piala global sekali lagi.

Namun demikian, pasukan Bigetron terpaksa akur dengan berada di tangga kelima kejohanan selepas gagal merapatkan jurang antara pasukan-pasukan utama yang lain pada hari keempat kejohanan.

Meskipun begitu, pemain-pemain bekas juara dunia itu tidak keberatan untuk mengucapkan terima kasih kepada para peminat yang memberi sokongan sepanjang kejohanan tersebut.

“Sangat-sangat berterima kasih kepada kalian semua, masih banyak lagi kejohanan tahun ini!

sumber: instagram story luxxy_made (Made bagus prabaswara)

Terima kasih rakan sepasukan, terima kasih semua

instagram story bagas_Zuxxy (made bagas pramudita)

“Terima kasih kepada rakan sepasukan. Kami sudah lakukan sehabis baik! Terima kasih kerana telah menyokong kami semua!

sumber instagram story: btr_microboy (nizar lugatio)

Bukan itu sahaja, pemain rusher Muhammad Albi (Ryzen) dan penembak jitu pasukan, Leander Deusfiel (Liquid) turut sempat berkongsikan pandangannya selepas gagal menepati jangkaan para peminat mereka.

https://www.instagram.com/p/CKiIPhHLMGJ/

“Kadang-kadang, menjadi pemain profesional itu amat sukar, seringkali sukar menerima kekalahan, namun harus teruskan usaha dan jangan putus asa,” kata Ryzen dalam satu kapsyen Instagram.

Pasukan Bigetron RA memulakan musim kompetitf 2020/21 dengan menjuarai Liga Profesional PUBG Mobile Indonesia (PMPL ID) 2020 dan seterusnya menjuarai kejohanan Asia Tenggara (PMPL SEA) pada bulan Oktober lalu.

Sempat bermaharajalela dalam carta keseluruhan peringkat liga, sang raja ini akhirnya ditundukkan oleh pasukan China, 4AngryMen pada minggu terakhir liga PMGC.

Jangan lupa saksikan Bigetron RA dalam musim kompetitif PUBG Mobile akan datang.

Tentunya, pasukan gergasi dari Indonesia ini akan lebih menyerlah dan akan mencabar dominasi pasukan China kelak.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved