Connect with us

PUBG Mobile

PMGC: Tembok Besar China terlalu kukuh, NOVA XQF terbaik dunia

Published

on

GERGASI PUBG Mobile China, NOVA XQF dinobatkan sebagai juara Final Kejohanan Global (PMGC) Musim Zero selepas mendominasi carta di ranking pertama dengan kutipan 319 mata.

Selepas empat hari berlangsung, NOVA XQF akan membawa pulang kira-kira RM2.8 juta (AS$700,000) menerusi kemenangan bergaya itu.

NOVA XQF yang terus mengekalkan konsisten dalam 29 perlawanan yang diadakan, juga berjaya mengutip Winner Winner Chicken Dinner sebanyak empat kali.

NOVA XQF terdiri daripada pemain-pemain muda China yang berbakat besar iaitu Zhu Bocheng (paraboy), Zeng Ronghua (Coolboy), Xu Yinjun (Jimmy), Zeng Zehai (Order) dan Lin Yien (King).

Sementara itu, pemain 4AM Feng Shujie (Suk) yang menjadi pemain pertama Final PMGC Musim Zero mencapai melebihi 10, 000 mata kesan musnah dipilih sebagai pemain terbaik.

Suk juga memenangi anugerah kategori Gunligher selepas mengutip 54 kills sepanjang final berlangsung.

Menerusi anugerah itu, Suk membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM60,000 (AS$15,000).

Pasukan Suk juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila muncul sebagai kedua terbaik dunia dan membawa pulang wang tunai kira-kira RM800,000 (AS$200,000).

Pasukan Mongolia, Zeus Esports pula mencipta kejutan yang tidak disangkakan apabila berada di ranking ketiga Final PMGC Musim Zero dan membawa pulang kira-kira RM400,000 (AS$100,000).

Sementara itu, pasukan Malaysia, Team Secret MY menghabiskan kejuaraan itu di ranking ketujuh terbaik dunia dengan 226 mata.

Final Kejohanan Global (PMGC) Musim Zero yang bermula sejak 21 Januari itu akhirnya menemui penamatnya selepas melalui beberapa siri masalah teknikal yang mengakibatkan penangguhan kejohanan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved