Connect with us

PUBG Mobile

PMGC: Sokongan ibu untuk anak yang berjuang demi negara

Published

on

BUKAN sekadar memikul harapan sendiri namun turut memikul harapan negara.

Begitulah keadaan skuad pasukan PUBG Mobile negara, Team Secret MY yang kini mewakili negara di Dubai, Emiriah Arab Bersatu dalam Kejohanan Final Global PUBG Mobile (PMGC) Musim Zero.

Perjalanan kerjaya seorang pemain profesional e-sukan bukanlah mudah mahupun boleh dipandang enteng.

Di sebalik tomahan dan cacian yang dihadapi, sokongan dan kata-kata ibu tersayang menjadi pelindung dan penenang hati.

Chan Chui Foong, seorang ibu kepada pemain profesional Team Secret, Raymond Tan (iShotz), tidak keberatan untuk memberikan kata-kata semangat kepada pasukan wakil negara melalui komuniti PUBG Mobile.

Chan merupakan seorang pengguna sosial media yang aktif dalam komuniti PUBG Mobile Malaysia dan sering memberikan komen positif serta kata-kata semangat kepada pemain-pemain sebelum bertanding.

“Kepada Team Secret, semoga zon menyebelahi pihak awak”

Komen chan dalam kumpulan komuniti facebook pada 29 julai 2020

“Ayuh, ayuh, ayuh selamat berjuang untuk esok!”

Komen CHAN DALAM KUMPULAN KOMUNITI FACEBOOK PADA 31 mac 2020

“Saya percaya kamu semua boleh! Sentiasa bersama Team Secret!”

komKOMEN CHAN DALAM KUMPULAN KOMUNITI FACEBOOK PADA 19 julai 2020

Dalam status terkini, Chan, dalam kumpulan komuniti Facebook “Warga O” meluahkan perasaan terhadap pasukan anaknya, Team Secret bagi hari terakhir kejohanan PMGC nanti.

“Hari ini lah harinya, kami tetap akan bangga tidak kira apa jua keputusan nanti”

“Semoga berjaya dan jaga keselamatan di sana”

“Tidak kira apa jua keputusan, saya tahu kamu telah lakukan sehabis baik dan saya tidak sabar untuk kacau awak ketika anda bermain permainan video apabila balik nanti” gurau Chan.

Apabila dihubungi oleh WTM Today, Chan berkongsi bahawa dia berasa sangat bangga dengan kejayaan yang dikecapi oleh anaknya, iaitu kejohanan global ketiga bagi diri anaknya itu.

Melalui status positif yang dimuat naik Chan, peminat-peminat PUBG Mobile negara turut menghujani ruang komen untuk mengucapkan selamat berjuang kepada Secret MY pada hari terakhir kejohanan.

Anak Chan, Raymond Tan (iShotz), sebelum ini berjaya menempatkan diri dalam senarai pemain terbaik dunia tamat hari kedua kejohanan final dengan kutipan sebanyak 21 mata bunuh dan 3231 kesan bunuh pada ketika itu.

Meskipun berada di kedudukan keenam selepas jatuh dalam carta, ia bukanlah penamat bagi Team Secret MY.

Masih ada lapan pusingan untuk dimainkan dan mengtutip mata-mata berharga bagi hari terakhir kejohanan PMGC Final nanti.

Foto: PUBG Mobile Esports

Jangan lupa untuk memberi sokongan kepada wakil tunggal negara dalam misi mengejar gelaran juara dunia PUBG Mobile di Dubai.

Saksikan secara langsung di laman Twitch TV, Youtube dan Facebook Gaming.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved