Connect with us

PUBG Mobile

PMGC: Sertai kumpulan fragger elit, iShotz lakar sejarah tersendiri

Published

on

Foto: PUBG Mobile

Pemain profesional PUBG Mobile, Raymond Tan (iShotz) mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya tersenarai dalam senarai fragger terbaik Kejohanan Global (PMGC) Musim Zero tamat hari kedua kejohanan final.

iShotz yang memiliki 21 mata bunuh dan 3231 kesan bunuh merupakan pemain PUBG Mobile Malaysia pertama untuk menempatkan diri di antara senarai fragger utama kejohanan global setakat ini.

Foto: PUBG Mobile Esports

Meskipun pada kebiasaanya, seorang penembak jitu tidak akan mendapatkan jumlah mata bunuh yang banyak, namun iShotz berjaya menunjukkan corak permainan yang serba boleh dan mampu menyesuaikan diri dengan peranan berbeza.

Pemain-pemain ternama China; Cheng Zehai (Order) dan Feng Shujie (Sukk) turut menemani pemain Team Secret MY itu dalam ranking fragger terbaik itu.

Bukan sekadar iShotz yang melakar sejarah tersendiri namun pasukannya juga.

Pasukan iShotz, Team Secret MY yang kini menduduki tempat kedua secara keseluruhan tamat hari kedua PMGC Final merupakan ranking terbaik pasukan Malaysia yang pernah lakukan dalam mana-mana kejohanan global PUBG Mobile.

Sebelum ini, hanya satu pasukan Malaysia lain pernah mara ke pentas antarabangsa, iaitu pasukan Yoodo Gank yang mendapat tempat ke-11 dalam kejohanan PMCO Musim Luruh dan ke-16 dalam Liga Dunia PUBG Mobile Timur.

iShotz dan rakan sepasukan lain, Asyam Allam (Rex), Aekachai Areesanan (Madtoi) dan Dhiya Ulhaq Mohd Arasz (uHigh) hanya 10 mata di belakang pasukan tempat pertama, Klas Digital Athletics.

Prestasi konsisten pasukan Team Secret MY sepanjang kejohanan akhir ini memberikan mereka peluang untuk menjadi pasukan Malaysia pertama untuk bergelar juara dunia PUBG Mobile.

Jangan lupa saksikan wakil negara, Secret dalam PMGC Final di laman Twitch TV, Youtube dan Facebook Gaming.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved