Connect with us

PUBG Mobile

PMGC:Kalau dah knock, jangan bunuh 4AM – Luxxy

Published

on

Foto: Twitter/Luxxy, PUBG Mobile

JIKA anda berjaya melumpuhkan pasukan China, 4AM, di Final Kejuaraan Global PUBG Mobile (PMGC) Musim Zero, jangan terus membunuhnya.

Menurut pemain profesional Bigetron Red Aliens, Bagus Prabaswara (Luxxy), pasukan 4AM tahu ke manakah arah bulatan zon selamat mengecil.

“Jika anda lumpuhkan 4AM, jangan bunuhnya kerana mereka tahu ke mana arah bulatan zon selamat pergi, ikut sahaja mereka! GOAT (Terbaik sepanjang zaman, istilah dalam komuniti) untuk 4AM” kata Luxxy.

Luxxy berkata demikian dalam satu ciapan selapas tamat perlawanan hari ketiga Final PMGC Musim Zero pada pagi tadi.

Luxxy dan Bigetron RA yang sebelum ini berada di tangga tercorot pada hari pertama Final, berjaya memperbaiki kedudukan di tangga ketujuh ketika ini dengan 162 mata.

Sementara itu, 4AM kini mendominasi carta dengan 227 mata secara keseluruhan dengan kutipan empat Chicken Dinner.

Foto: PUBG Mobile

4AM bagaimanapun berkongsi mata dengan pasukan Mongolia, Zeus Esports yang berada di ranking kedua.

Pemain utama 4AM Feng Shujie (Sukk) kini mendahului ranking kategori fragger terbaik dengan catatan 43 mata bunuh selepas 21 perlawanan berlangsung. Sukk juga mendominasi pemain terbaik setakat ini.

Foto: PUBG Mobile
Foto: PUBG Mobile

Final PMGC Musim Zero akan menemui penamatnya hari ini dengan juara akan membawa pulang kira-kira RM2.8 juta (AS$700,000).

Peminat-peminat e-sukan Malaysia boleh saksikan final tersebut secara langsung bermula jam 7 petang nanti di Facebook, YouTube, dan Twitch PUBG Mobile.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved