Connect with us

PUBG Mobile

Ini baru ngeprank! Zeus Esports pecut naik hingga tempat kedua

Published

on

Foto: PUBG Mobile

KEBIJAKSANAAN dalam kesabaran.

Itulah ciri-ciri utama yang ditunjukkan oleh pasukan profesional PUBG Mobile Mongolia, Zeus Esports untuk mengejutkan para peminat PUBG Mobile serata dunia pada hari ketiga kejohanan PUBG Mobile Global Championship Final (PMGC) yang berlangsung semalm.

Zeus Esports berjaya mengutip 134 mata pada hari kedua kejohanan sepanjang lapan pusingan yang dimainkan semalam.

Dengan pungutan mata yang lumayan pada hari semalam, Zeus Esports, yang kini mempunyai 227 mata secara keseluruhan berada di kedudukan kedua dan mempunyai jumlah mata yang sama dengan pasukan China, 4AngryMen.

Foto: PUBG Mobile Esports

Zeus yang berjaya mengutip satu Chicken Dinner pada hari semalam memaparkan corak permainan yang tenang dan sering mengelakkan diri daripada pertembungan-pertembungan awal yang sia-sia.

Hasil daripada strategi perlawanan tersebut, Zeus Esports berjaya mengekalkan konsistensi untuk menamatkan pada hampir setiap pusingan dengan berada dalam kelompok lima pasukan terbaik .

Daripada lapan pusingan yang dipertandingkan semalam, Zeus hanya gagal tamat di top 5 sekali sahaja iaitu apabila mereka mendapat tempat keenam pada pusingan ke-20 dengan tiga mata bunuh.

Berikut merupakan keputusan Winner Winner Chicken Dinner bagi hari semalam:

Pusingan ke-14 – Erangel – Futbolist⁣⁣⁣⁣⁣
Pusingan ke-15 – Miramar – 4AM⁣⁣⁣⁣⁣
Pusingan ke-16 – Vikendi – Bigetron RA⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
Pusingan ke-17 – Erangel – TSJ⁣⁣⁣⁣⁣
Pusingan ke-18 – Sanhok  – Zeus Esports⁣⁣⁣⁣⁣⁣
⁣⁣Pusingan ke-19 – Erangel – NOVA XQF⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
Pusingan ke- 20 – Sanhok  – Aerowolf Limax⁣⁣⁣⁣⁣
Pusingan ke- 21 – Erangel – 4AM⁣⁣
⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
Sementara itu, wakil negara Team Secret MY jatuh ke tempat keenam dengan 164 mata secara keseluruhan. Pada semalam, Team Secret MY berada di kedudukan dua teratas.

Tidak mustahil untuk wakil negara, Team Secret MY bangkit semula daripada hari yang kurang memberangsangkan sebagaimana Zeus Esports berjaya mengutip 134 mata dalam masa sehari.

Saksikan secara langsung hari kedua Grand Final PMGC mulai 6.25 petang di saluran media sosial PUBG Mobile, YouTube, Twitch dan Facebook.

Kejuaraan dunia yang berlangsung selama empat hari itu menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM4.8 juta (AS$1.2 juta) dengan juara membawa pulang kira-kira RM2.8 juta (AS$700,000).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved