Connect with us

PUBG Mobile

PMGC: Mental juara ni bos! Bigetron RA bangkit semula dari tempat terakhir

Published

on

Foto: PUBG Mobile

DARItempat terakhir terus memecut hingga tempat kelima, itulah kaliber juara dunia bertahan Bigetron Red Aliens tamat hari kedua kejohanan PUBG Mobile Global Championship Final (PMGC).

Hari kedua yang meyakinkan bagi pasukan Indonesia, Bigetron RA apabila berjaya mengumpul 106 mata secara keseluruhan selepas 13 pusingan dimainkan.

Lagi mengejutkan adalah apabila 91 daripada mata tersebut dipungut hanya pada hari kedua kejohanan untuk ditambah ke 15 mata yang dikutip pada enam pusingan terawal.

Perubahan momentum ketara dari pasukan terhebat Indonesia ini tentunya akan membawa perubahan besar dalam carta keseluruhan.

Selepas dua hari berehat berikutan penangguhan hari kedua kejohanan PMGC, Bigetron RA dilihat bermain dengan suatu nafas baharu, lagi-lagi dengan strategi penggantian pemain.

Bigetron RA sebelum ini melakukan pertukaran pemain dalam beberapa pusingan yang dimainkan termasuklah menggantikan pemain support Nizar Lugatio (Microboy) dengan penembak jitu Leander Deusfield (Liquid) mengikut kesesuaian.

Corak permainan Bigetron RA turut lebih konsisten daripada prestasi hari pertama dan berjaya mengelakkan pertembungan-pertembungan awal yang mengakibatkan mereka TooSoon.

Antaranya termasuklah menukar lokasi mendarat Sanhok dari Bootcamp ke Ruins selepas tumpas di tangan pasukan Brazil, Alpha 7 pada pertembungan hari pertama.

Hasil daripada perubahan strategi yang dilakukan oleh jurulatih Steven Valerian (S1nyo), pasukannya berjaya meraih Chicken Dinner mereka yang pertama bagi kejohanan final tersebut dan melakukan kebangkitan semula dalam carta keseluruhan.

Mampukah Bigetron RA mengekalkan konsistensi mereka pada hari ketiga kejohanan PMGC petang nanti?

Sasikan secara langsung nanti di TwitchTV, Youtube atau Facebook Gaming.

Final PMGC yang menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM4.8 juta (AS$1.2 juta) telah bermula sejak Khamis.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved