Connect with us

PUBG Mobile

PMGC: Meta split 2-2 Team Secret beri hasil lumayan, kini Top 2

Published

on

Foto: PUBG Mobile

KEPINTARAN ketua dalam permainan (igl) pasukan profesional Team Secret MY, Aekachai Areesanan (Madtoi) sememangnya tiada tandingannya apabila berjaya memimpin pasukan negara untuk meraih Chicken Dinner pertama di Kejohanan Global PUBG Mobile (PMGC) Musim Zero semalam.

Taktik dan strategi yang dikeluarkan oleh Madtoi dalam medan pertempuran dianggap kurang konvensional berbanding meta pasukan lain dan sering menjadi topik hangat dalam kalangan peminat PUBG Mobile sekiranya pasukan Team Secret MY gagal untuk menunjukkan prestasi baik.

Meskipun begitu, strategi-strategi unik ini akhirnya berjaya menjadi kunci prestasi cemerlang Team Secret MY dalam kejohanan PMGC Final setakat ini.

Kini, Team Secret MY berjaya menduduki tempat kedua secara keseluruhan dengan 129 mata secara keseluruhan.

Meta Split 2-2
Kemenangan Chicken Dinner pada pusingan terakhir di Erangel, hari kedua final PMGC memaparkan keberkesanan meta split untuk menguasai dua kawasan perumahan yang PENTING dalam zon terakhir.

Zon yang berakhir di kaki bukit Gunung Gatka tidak mempunyai banyak kawasan untuk berlindung kecuali pokok-pokok, kawasan lereng dan dua kawasan perumahan di tengah zon selamat.

Tanpa melengahkan masa, arahan dikeluarkan untuk menempatkan sniper pasukan Raymond Tan ( iShotz) dan rusher Dhiya Ulhaq Mohd Rasz (uHigh) di perumahan sebelah timur Erangel.

Manakala fragger kedua Asyam Allam (Rex) dan igl Aekacahai (Madtoi) menguasai kawasan perumahan di barat Erangel.

Meskipun gagal menghalang agresif pasukan Thailand Secret Jin yang mengakibatkan kehilangan dua anggotanya, Rex dan Madtoi, Team Secret MY berjaya menguasai kawasan tengah bulatan.

Pujian harus diberikan kepada penembak jitu iShotz dan rusher, uHigh yang berjaya menghalang 4AngryMen, Nova XQF, Bigetron Red Aliens dari mara ke kawasan yang dikuasai oleh mereka.

Pengawalan kemas oleh kedua-dua pemain itu sekaligus memberikan mereka mata-mata bunuh penting, terutamanya untuk memintas pasukan 4AM.

Meskipun berada di luar zon selamat pada bulatan terakhir, penukaran posisi untuk mengambil kawasan tanah tinggi jelas menguntungkan kedua-dua pemain yang tinggal.

Berkat tindakan pantas dan pintar oleh pasukan Team Secret MY, mereka berjaya mengesan pemain-pemain terakhir Bigetron Red Aliens dan Klas Digital Athletics untuk meraih Chicken Dinner tersebut.

Walaupun berisiko tinggi, meta 2-2 split Team Secret MY dilihat sering menunjukkan hasil lumayan terutamanya pada waktu kritikal dan boleh menjadi faktor utama kemenangan kembali ke tangan wakil negara.

Pasukan Team Secret MY yang sebelum ini berada di kedudukan kelima pada hari pertama final berjaya menunjukkan konsistensi dan corak agresif sehingga mampu memecut ke tempat kedua.

Kini, 10 mata sahaja membezakan wakil negara dengan pasukan Turki, Klas Digital Athletics yang berada di puncak liga.

Jangan lupa saksikan Team Secret MY pada hari ketiga kejohanan PMGC Final.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved