Connect with us

PUBG Mobile

PMGC: Internet hotel pemain tak stabil – Pengurus Kanan PUBGM

Published

on

PIHAK pengurusan Final Kejohanan Global PUBG Mobile (PMGC) Musim Zero sedang berusaha keras untuk memastikan kejuaraan dunia itu dapat dijalankan dengan baik meski lokasi pertandingan telah bertukar.

Pengurus Kanan Esports PUBG Mobile, Jan Jahnke, berkata jaringan internet di hotel penginapan pemain-pemain yang bertanding tidak stabil pada Jumaat lalu.

“Pihak PUBG Mobile Esports sedang cuba menyelamatkan situasi keruh yang menyebabkan pasukan-pasukan yang tidak dapat menyertai arena kejohanan.⁣

“Jaringan internet hotel masih tidak stabil sekarang ini (Jumaat),” katanya dalam satu ciapan berbalas di Twitter pada dua hari lepas.

Jan berkata demikian apabila membalas satu ciapan pengguna Twitter, @gametubel, yang meluahkan rasa kecewa dengan pengurusan Final PMGC.

Pada Jumaat, pihak penganjur telah mengambil keputusan untuk menangguhkan siaran langsung hari kedua Final PMGC.

Keputusan penangguhan itu adalah berikutan masalah Internet yang dialami beberapa pasukan yang bertanding dan pihak penganjur sedang berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikannya bagi memastikan perlawanan berjalan lancar⁣.

Sebelum ini, Final PMGC Musim Zero dijadualkan akan berlangsung pada 21-24 Januari di Coca Cola Arena, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) terpaksa berpindah lokasi ke bilik hotel, selepas tiga pemain didapati positif Covid-19.

BACA: Lokasi game bukan lagi di Coca Cola Arena, 3 pemain positif COVID-19

Berdasarkan pelan kontigensi yang dinyatakan pihak PUBG Mobile Esports, setiap pemain akan bersaing secara berasingan dengan jaringan internet tersendiri dan bukannya berkumpul di lokasi kejohanan sebelum ini.

Pihak PUBG Mobile Esports juga telah mengumumkan penambahan jumlah pusingan dalam baki perlawanan kejoahan.

Dalam pengumuman jadual itu, setiap pemain akan melalui tujuh pusingan setiap hari bermula hari kedua final.

Final PMGC yang menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM4.8 juta (AS$1.2 juta) telah bermula sejak Khamis.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved