Connect with us

PUBG Mobile

PMGC: Pemain masih uji masalah lag hari ini

Published

on

Foto: Facebook / PUBG Mobile

PENANGGUHAN perlawanan hari kedua Final Kejohanan Global PUBG Mobile (PMGC) Musim Zero dipercayai berikutan masalah sela waktu (lag) yang perlu dihadapi setiap pemain yang bertanding ketika ini.

Pengurus pasukan Bigetron Red Aliens, Isfan Satria Wijaya, berkata sekiranya tidak berlaku sebarang sela waktu dalam pusingan percubaan pada hari ini, perlawanan Final PMGC sepatutnya boleh kembali berlangsung.

“Bagi yang masih keliru dengan status perlawanan pada hari ini, pihak PUBG Mobile Esports kini masih melakukan percubaan kelancaran jaringan Internet.

“Sekiranya, semuanya berjalan lancar dan tidak berlakunya sebarang sela waktu, maka siaran langsung akan dijalankan seperti biasa.

“Jika tidak, maka perlawanan pada hari ini akan ditunda keesokan harinya,” jelas Isfan dalam satu posting melalui Instagram Story pada petang tadi.

Foto: Instagram/ btr_isfantasea

Selang beberapa minit catatan Instagram Story Isfan itu, pihak penganjur kejohanan PMGC telah mengumumkan bahawa tiada sebarang perlawanan yang akan dimainkan pada hari ini.

“Berikutan situasi COVID-19, setiap pemain perlu bermain secara berasingan dan perkara itu menyebabkan beberapa masalah teknikal dan jaringan internet.

“Kru kami sedang berkerja keras untuk menyelesaikan masalah-masalah teknikal dan jaringan internet itu untuk perlawanan-perlawanan akan datang.⁣

“Kami mohon maaf kerana tidak boleh membawakan kepada anda perlawanan hari ini dan kami hargai sokongan dan kesabaran anda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.⁣

Berikutan pengumuman rasmi pihak penganjur itu, pemain-pemain yang menyertai kejohanan PMGC difahamkan kini melakukan percubaan kelancaran jaringan internet di bilik hotel sendiri.

Final PMGC 2020 sepatutnya berlangsung di Coca Cola Arena, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) selepas tiga pemain didapati positif Covid-19.

BACA: Lokasi game bukan lagi di Coca Cola Arena, 3 pemain positif COVID-19

Berdasarkan pelan kontigensi yang dinyatakan pihak PUBG Mobile Esports, setiap pemain akan bersaing secara berasingan dengan jaringan internet tersendiri dan bukannya berkumpul di lokasi kejohanan sebelum ini.

Final PMGC yang menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM4.8 juta (AS$1.2 juta) telah bermula sejak Khamis.


⁣⁣

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved