Connect with us

PUBG Mobile

PMGC: Tiada perlawanan Final hari ini

Published

on

SAH. Tiada perlawanan Final Kejohanan Global PUBG Mobile (PMGC) Musim Zero akan diadakan pada hari ini, menurut penganjur, PUBG Mobile Esports.

PUBG Mobile Esports berkata isu teknikal dan jaringan internet kini menjadi cabaran penganjuran kejohanan itu memandangkan setiap pemain perlu bermain secara berasingan berikutan situasi COVID-19.⁣

BACA: Game PMGC tunda sehingga esok?

Dalam satu kenyataan, pihaknya berkata kesihatan dan keselamatan pemain-pemain yang bertanding akan terus menjadi keutamaannya.⁣

“Berikutan situasi COVID-19, setiap pemain perlu bermain secara berasingan dan perkara itu menyebabkan beberapa masalah teknikal dan jaringan internet.

“Kru kami sedang berkerja keras untuk menyelesaikan masalah-masalah teknikal dan jaringan internet itu untuk perlawanan-perlawanan akan datang.⁣

“Kami mohon maaf kerana tidak boleh membawakan kepada anda perlawanan hari ini dan kami hargai sokongan dan kesabaran anda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.⁣

Pada semalam, pihak penganjur telah mengambil keputusan untuk menangguhkan siaran langsung hari kedua Final PMGC.

Keputusan penangguhan itu adalah berikutan masalah Internet yang dialami beberapa pasukan yang bertanding dan pihak penganjur sedang berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikannya bagi memastikan perlawanan berjalan lancar⁣.

Final PMGC 2020 yang sepatutnya berlangsung di Coca Cola Arena, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) terpaksa berpindah lokasi ke bilik hotel, selepas tiga pemain didapati positif Covid-19.

BACA: Lokasi game bukan lagi di Coca Cola Arena, 3 pemain positif COVID-19

Berdasarkan pelan kontigensi yang dinyatakan pihak PUBG Mobile Esports, setiap pemain akan bersaing secara berasingan dengan jaringan internet tersendiri dan bukannya berkumpul di lokasi kejohanan sebelum ini.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved