Connect with us

PUBG Mobile

PMGC: Game tunda sehingga esok?

Published

on

Foto: YouTube / PUBG Mobile

JADUAL penstriman langsung YouTube PUBG Mobile Malaysia menimbulkan tanda tanya apabila perlawanan Hari Kedua Final Kejohanan Global (PMGC) Musim Zero dilihat akan bermula pada Ahad, 24 Januari, jam 7 petang.⁣⁣
⁣⁣
Hari-hari perlawanan Final PMGC Musim Zero yang berikutnya pula dilihat akan dilakukan pada Isnin, 25 Januari dan Selasa 26 Januari.

Hal ini menimbulkan persoalan sama ada persaingan melibatkan pasukan-pasukan PUBG Mobile terbaik dunia akan berlangsung hari ini atau tidak.⁣⁣

Pada semalam, pihak penganjur telah mengambil keputusan untuk menangguhkan siaran langsung hari kedua Final PMGC.

Keputusan penangguhan itu adalah berikutan masalah Internet yang dialami beberapa pasukan yang bertanding dan pihak penganjur sedang berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikannya bagi memastikan perlawanan berjalan lancar⁣.

Sebelum ini, Final PMGC Musim Zero dijadualkan akan berlangsung pada 21-24 Januari dengan enam pusingan akan dimainkan pada setiap hari pertandingan.

Namun pihak PUBG Mobile Esports telah mengumumkan penambahan jumlah pusingan yang sepatutnya dilakukan mulai semalam.

Dalam pengumuman jadual itu, setiap pemain akan melalui tujuh pusingan setiap hari bermula hari kedua kejohanan.

Difahamkan, jumlah penambahan pusingan itu adalah untuk memastikan pemain dapat beraksi dalam suasana yang adil memandangkan terdapat masalah jaringan internet pada hari pertama Grand Final PMGC Musim Zero.

Pihak WTM Today akan mengikuti perkembangan terkini dan menunggu kenyataan rasmi dari pihak penganjur mengenai perkara ini.

Final PMGC 2020 yang sepatutnya berlangsung di Coca Cola Arena, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) terpaksa berpindah lokasi ke bilik hotel, selepas tiga pemain didapati positif Covid-19.

Berdasarkan pelan kontigensi yang dinyatakan pihak PUBG Mobile Esports, setiap pemain akan bersaing secara berasingan dengan jaringan internet tersendiri dan bukannya berkumpul di lokasi kejohanan sebelum ini.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved