Connect with us

PUBG Mobile

Kami berjaya meningkatkan mutu e-sukan Mongolia – Zeus Esports

Published

on

Foto: Twitter / ZEUS ESPORTS

PENYANDANG ranking ketiga terbaik dunia PUBG Mobile, skuad e-sukan dari Mongolia, Zeus Esports, meluahkan rasa bangga kerana berjaya mengharumkan nama negara menerusi pencapaiannya dalam Final Kejohanan Global (PMGC) Musim Zero.

Zeus Esports berkata menerusi kejayaan di tempat ketiga itu, mereka juga telah mendapat jemputan terus ke kelayakan PUBG Mobile Mobile Club Open (PMCO) 2021 akan datang.

“Kami telah menerima trofi tempat ketiga kami. Kami juga telah berjaya meningkatkan mutu e-sukan Mongolia dan menetapkan satu merit.

“Pada tahun ini juga, kami akan menerima jemputan terus ke kelayakan PMCO. Ini hanya permulaan, kami akan terus berkerja keras,” kata Zeus Esports dalam satu ciapan Twitter pada pagi tadi.

Zeus Esports yang dilihat sebagai satu pasukan bukan pilihan, mempamerkan permainan berkualiti tinggi selepas menonjolkan konsistensi dalam perlawanan Final PMGC Musim Zero.

Selepas 29 perlawanan berlangsung pada peringkat final, Zeus Esports mengumpul 292 mata secara keseluruhan, dua Chicken Dinner dan 145 mata bunuh.

Pasukan itu terdiri daripada pemain-pemain muda Mongolia, iaitu Zolboot Bayartsengel (Zyol), Bilguun Baatarkhuu (Godless), Tengis Batnasan (ICY), Dulaanjargal Nyamlkhagva (Abely), Bat-Orgil Orosoo (Ronin) dan Undrakh Sukhbaatar (Undaak).

Pasukan itu mula menunjukkan prestasi yang memberangsangkan pada hari ketiga perlawanan selepas meraih 134 mata dalam sehari.

BACA: Ini baru ngeprank! Zeus Esports pecut naik hingga tempat kedua

https://www.instagram.com/p/CKeQyRgJ4jJ/

Zeus Esports melonjak dari tangga kelapan ke tangga kedua, sehingga berkongsi mata yang sama dengan pasukan China, 4AngryMen (4AM) pada ketika itu.

Pada hari yang sama, Zyoll muncul sebagai pemain terbaik (MVP) dengan catatan 39 mata bunuh.

Sebelum ini, pada peringkat liga, Zeus Esports berada di kedudukan ke-12.

Pasukan itu menerima slot ke PMGC selepas muncul sebagai juara Kelayakan Wild Card PMCO 2020.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved