Connect with us

PUBG Mobile

“Tiada penyesalan, saya sudah buat yang terbaik”-iShotz

Published

on

KETUJUH terbaik di dunia.

Begitulah penamat bagi skuad pasukan profesional PUBG Mobile , Team Secret MY yang mewakili negara ke pentas antarabangsa dalam Kejohanan Final Global PUBG Mobile (PMGC) Musim Zero baru-baru ini.

Sepanjang empat hari kejohanan, wakil tunggal negara, Team Secret MY berjaya mengutip dua Chicken Dinner dan memungut 226 mata secara keseluruhan.

Kedudukan Team Secret MY di tangga ketujuh kejohanan merupakan pencapaian terbaik skuad Malaysia dalam mana-mana kejohanan final peringkat global PUBG Mobile.

Penembak jitu negara, Raymond Tan (iShotz) menyifatkan Final PMGC Musim Zero sebagai kejohanan terbaik yang pernah disertainya dan berjanji akan terus memperbaiki kesilapan sebelumnya dalam kejohanan akan datang.

https://www.facebook.com/803053326700021/posts/1443514375987243/

“Tiada penyesalan, kami sudah buat yang terbaik.

“Bagi pendapat saya, inilah kejohanan terbaik yang pernah saya sertai sepanjang kerjaya saya, lagi-lagi apabila dapat berdiri sama tinggi dengan pasukan terbaik dari serata dunia.

“Pasukan kami (Team Secret MY) berjanji akan memperbaiki kesilapan dan terima kasih kepada para peminat yang menyokong usaha kami dari mula hingga tamat,” jelas Shotz dalam satu posting di Facebooknya.

Team Secret MY memulakan musim kompetitif PUBG Mobile 2020-2021 dengan mengangkat piala Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia Singapura (PMPL MY SG) sebagai juara.

Sejak itu, mereka menduduki tempat keenam dalam kejohanan Asia Tenggara (PMPL SEA) sekaligus mara ke peringkat global untuk menjadi pasukan ketujuh terbaik di dunia.

Pengurus pasukan, Partibhan Petchayappen (OnTheGo) turut berkongsi perasaan bangga melalui dengan kapsyen: “Bangga dengan anda semua, terima kasih untuk kejayaan pada musim kali ini. Anda semua memang terbaik”

https://www.facebook.com/104344603247563/posts/1408297846185559/?substory_index=0

Meski gagal merebut gelaran juara dunia PUBG Mobile, kejayaan dan kerja keras skuad negara berjaya memberi inspirasi kepada anak-anak muda di luar sana untuk terus menceburi bidang e-sukan.

Kini, pasukan profesional PUBG Mobile Malaysia berjaya duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan pasukan-pasukan terbaik dunia yang lain sekaligus memartabatkan nama negara di mata dunia.

Menerusi kemenangan itu juga, ia telah menarik lebih ramai peminat-peminat dari latar belakang berbeza untuk menyokong skuad negara selama 29 pusingan yang dipertandingkan.

Peringkat kompetitif PUBG Mobile Malaysia akan memulakan musim baharu dalam masa terdekat.

Jangan lupa saksikan pasukan-pasukan kegemaran anda dalam Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia Singapura!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved