Connect with us

PUBG Mobile

“Saya tak halang mereka nak masuk team mana”- Manparang

Published

on

Foto: Yoodo Gank

“Saya tak halang mereka nak masuk pasukan mana.”

Itulah kata-kata kapten pasukan PUBG Mobile negara Yoodo Gank, Aiman Amirul (Manparang) yang ditujukan kepada bekas rakan sepasukannya, Fuad Razali (Fredo), Izzrudin Hashim (Jumper) dan Azmal Jasni (iNaoki) yang sebelum ini meninggalkan pasukan tersebut pada Januari lalu.

Manparang, yang juga bekas pemain profesional Player Unkwonwn BattleGrounds bagi pasukan Gank FTY, menyifatkan bahawa dia, sebagai kapten pasukan, tidak mahu menghalang seseorang untuk menimba pengalaman yang lebih luas dalam kerjaya e-sukan PUBG Mobile.

“Bagi saya, saya tidak suka menghalang seseorang untuk menimba pengalaman baharu atau menghalang hala tuju seseorang individu.

“Atas sebab itulah, corak permainan saya dan Draxx dalam medan pertarungan agak serasi, kerana dia tidak pernah mempunyai apa-apa keinginan untuk keluar pasukan ini.

“Bagi pendapat saya, saya tidak kisah kalau dia nak masuk pasukan mana asalkan itu yang terbaik untuk dia,” jelas Manparang dalam suatu sidang media khas Yoodo Esports hari ini.

Dia berkata demikian ketika menjawab ura-ura dalam kalangan komuniti PUBG Mobile tempatan yang mengatakan bahawa dua bekas pemain Yoodo Gank akan menyertai pesaing utama dalam gelanggang kompetitif negara, Team Secret MY.

Ketiga-tiga pemain yang keluar dari Yoodo Januari lalu itu pernah membarisi barisan pemain utama Yoodo Gank bagi musim kompetitif 2020 serta pernah mengharumkan negara dalam kejohanan-kejohanan antarabangsa seperti kejohanan LIga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (PMPL SEA) dan Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur.

Bekas pemain Yoodo, Fredo dan Jumper turut pernah melakar sejarah bersama Manparang dan Draxx apabila berjaya dinobatkan sebagai juara Grand Final Liga Profesional Asia Tenggara (SEA Final) Musim Pertama 2020 tahun lalu.

Kejayaan itu membuktikan Yoodo Gank wajar dilihat sebagai pasukan yang melahirkan pemain-pemain berkaliber dunia.

Pada masa yang sama, pengurus pasukan Yoodo Gank Kevin Wong turut memberikan komen mengenai penglibatan organisasi Yoodo Gank dalam menggilap pemain profesional tempatan.

“Kami berbesar hati kerana dianggap sebagai “tempat” menggilap bakat tempatan, sekaligus menjadikan mereka bergelar juara.

“Kami terharu untuk mendapat tahu bahawa setiap pemain yang pernah bermain untuk pasukan kami, telah mempunyai kerjaya PUBG Mobile yang cerah,” kata Kevin.

Pasukan Yoodo Gank kini memaparkan barisan pemain terbaharu yang dibarisi Aiman Mohd (Man Parang), Abdul Azim Ikromi Abdul Rashid (Draxx), Lokman Hakim Abdul Saddar (Bravo), Fairul Iskandar Putra (Putra) dan Azim Haris Mohd Puhatdi (WRYDEP).

Draxx, Manparang, Bravo, Putra dan WryDep akan memulakan kompetitif di kejohanan Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL) MY Musim 3 kelak.

Ikan hiu dipotong-potong, minat analisis tapi bo' ong. Analyst, writer, PUBGM enthusiast. Instagram: @detectivedubu

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved