Connect with us

PUBG Mobile

TNR + AKA sertai Whales Esports

Published

on

Foto: Whales Esports

PASUKAN PUBG Mobile Malaysia, Team No Recoil (TNR) dan AKA Esports yang bergabung pada akhir tahun lalu, kini bernaung di bawah organisasi e-sukan Whales Esports.

Perkara itu diumumkan dalam satu video di Facebook Team Whales pada tengah hari tadi.

Berikut adalah senarai pemain utama Whale Esports:

  • Kuang Jian Sew – (Stewart9k)
  • Neo Sau Puey – (XinB, Dulu SinB)
  • Tee Yeu Terng – (inSomnus)
  • Loo Tze You – (Looyou)
  • Koh Wen Hong – (Snap)

Pasukan itu juga akan mendapatkan khidmat Wong Jing Feng (Jack) sebagai pengurus pasukan.

Whales Esports merupakan organisasi e-sukan yang ditubuhkan pada 2020 oleh Morgan LB sebagai CEO dan beberapa artis dan penyanyi tempatan seperti Adrian Tan dan Zac Lim.

Selain PUBG Mobile, organisasi itu turut mempunyai skuad Honor of Kings.

Whales juga mempunyai aplikasi tersendiri yang memberi peluang kepada pengguna untuk bersosial bersama rakan-rakan gaming. Ia kini berada di peringkat beta dan akan dilancarkan pada masa akan datang.

https://www.facebook.com/teamwhales/posts/105766878212664

Pengurus Besar Team Whales Lim Zhi Xiang (Zac) berkata keputusan untuk menandatangani TNR adalah kerana organisasinya percaya kerjasama itu akan membantu kedua-dua pihak dalam pasaran tempatan.

“Kerjasama ini akan meluaskan lagi pasaran tempatan apabila lebih ramai akan mengenali kami.

“Whales Esports masih baru dalam insdustri ini dan kami percaya kedua-dua pihak mempunyai potensi untuk berkembang,” kata Zac yang juga merangkap Pengurus Game Buddy Whales Esports dalam satu kenyataan media hari ini.

Selain itu, peluang untuk bernaung di bawah Whales Esports dilihat sangat membantu TNR dalam menyediakan sokongan dan keperluan kewangan.

Pemain TNR yang kini bermain untuk Whales Esports, Stewart9k berkata kerjasama itu akan membantu pemain dalam memberi tumpuan sepenuhnya dalam latihan tanpa merisaukan perkara lain apabila menggalas tanggungjawab sebagai pemain profesional.

“Kami juga akan mendapat peluang yang banyak seperti melakukan penstriman langsung, mencipta kandungan dan membentuk diri kami sebagai pemain.

“Namun perkara yang lebih penting mengenai kerjasama ini adalah apabila kami lebih jelas mengenai perjalanan masa hadapan kami berbanding sebilangan pemain-pemain profesional lain yang masih keliru,” kata Stewart9k dalam kenyataan media yang sama.

Rakan sepasukan Stewart9k, InSomnus juga dilihat semakin optimis dan yakin dengan kerjasama itu apabila dia mensasarkan objektif baharu untuk pasukannya.

“Matlamat kami kali ini adalah untuk melayakkan diri ke Final Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (SEA Final) Musim kedua selepas pada musim lalu kami hampir berjaya melakukannya.

“Seharapnya semua akan berjalan lancar untuk kami,”kata InSomnus.

Bagi anda yang mahu memberi sokongan kepada atlet-atlet e-sukan Team Whales, boleh ikuti perkembangan pasukan itu di Facebook dan Instagram.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved