Connect with us

PUBG Mobile

Beer11, Earnny, D2e, Senior keluar RRQ

Published

on

Foto: RRQ Athena

SELEPAS beberapa minggu tamatnya Grand Final Kejohanan Global PUBG Mobile (PMGC) Musim Zero yang lalu, jaguh Thailand, RRQ Athena kini mengucapkan selamat tinggal kepada beberapa pemain utamanya.

Dalam satu kenyataan hari ini, RRQ Athena memaklumkan bahawa Pheeraphol Phumrat (Beer11), Wachirawit Ramangkool (Earnny), Bawonchai Han (D2e) dan Navin Phrompitak (Senior) tidak lagi bersama pasukan itu.

“Walaupun berdukacita untuk mengucapkan selamat tinggal kepada mereka, kami ingin merakamkan penghargaan kepada pemain-pemain itu kerana menjadi sebahagian daripada RRQ Athena.

“Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada kesemua pemain itu yang telah memilih jalan baharu untuk mereka.

Jika mempunyai peluang, kita mungkin akan bekerjasama lagi,” kata RRQ Athena dalam satu kenyataan hari ini.

Selepas pengumuman itu, RRQ Athena kini hanya tinggal satu pemain iaitu, Pachachai Han, (G9).

RRQ Athena merupakan jaguh Asia Tenggara yang sentiasa memberi saingan sengit di peringkat antarabangsa.

Pasukan itu telah merangkul pelbagai gelaran juara termasuk:

  • PUBG Mobile Star Challenge 2018
  • PUBG Mobile Star Challenge 2019
  • PMCO Asia Tenggara Musim Bunga 2019
    PMCO Asia Tenggara Musim Luruh 2019
  • Liga Profesional PUBG Mobile Thailand Musim Pertama 2020 (Peringkat Musim)

Pada Grand Final PMGC Musim Zero yang lalu, RRQ Athena hanya mampu menyudahi di tangga ke-11.

Pengasas, pengarang dan penerbit What's The Meta.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved