Connect with us

PUBG Mobile

[EKSKLUSIF] G9 tak bersara, RRQ masih main PMPL Thailand

Published

on

Foto: Facebook / G9

SKUAD PUBG Mobile RRQ di Thailand akan terus menyertai kejohanan di negara itu dengan hanya menggunakan nama ‘RRQ’ sahaja selepas ini dan bukan lagi ‘RRQ Athena’.

Pengasas bersama RRQ, Calvin Thenderan berkata susulan pengumuman empat pemain utamanya yang meninggalkan pasukan itu, pihaknya juga memutuskan untuk menamatkan legasi ‘RRQ Athena.’

“Kami akan terus menyertai Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL) namun dengan hanya menggunakan nama ‘RRQ’ memandangkan kami tidak lagi akan menggunakan nama ikonik RRQ Athena bagi mengenang jasa-jasa G9, D2E, Earnny, Senior dan Beer11 dalam mencapai kejayaan besar dalam sejarah RRQ dan PUBG Mobile,” katanya kepada WTM Today hari ini.

Pada pagi tadi, RRQ mengumumkan empat pemainnya iaitu Pheeraphol Phumrat (Beer11), Wachirawit Ramangkool (Earnny), Bawonchai Han (D2e) dan Navin Phrompitak (Senior) tidak lagi bersama pasukan itu.

Selepas pengumuman itu, RRQ kini hanya tinggal satu pemain iaitu, Pachachai Han, (G9).

Menurut Calvin, G9 akan membuat kemunculan semula pada penggal kedua 2021.

“Kami tidak boleh mengesahkan sama ada G9 bakal bermain dalam PMPL akan datang namun dia akan membuat kemunculan kembali dalam PMPL Musim Luruh nanti,” kata Calvin.

Pada malam tadi, RRQ mengumumkan legasi RRQ Athena telah tamat selepas tiga tahun ditubuhkan.

Dalam satu video yang dimuatnaik di YouTube, RRQ turut merakamkan penghargaan kepada setiap pemain RRQ Athena yang telah banyak berbakti kepada organisasi itu.

“3 tahun RRQ Athena membawa nama RRQ di gelanggang e-sukan dunia. Beberapa piala juga telah disumbangkan untuk RRQ.

“Kami memberikan setinggi-tinggi penghargaan kepada perjuangan mereka dan semoga setiap pemain mendapat kejayaan pada setiap jalan yang dipilih. Terima kasih Athena,” kata RRQ dalam kapsyen video YouTube itu.

Video itu turut memaparkan kata-kata terakhir D2E, Earnny, Senior dan Beer11 sebelum melangkah keluar dari RRQ.

RRQ Athena merupakan jaguh Asia Tenggara yang sentiasa memberi saingan sengit di peringkat antarabangsa.

Pasukan itu telah merangkul pelbagai gelaran juara termasuk:

  • PUBG Mobile Star Challenge 2018
  • PUBG Mobile Star Challenge 2019
  • PMCO Asia Tenggara Musim Bunga 2019
    PMCO Asia Tenggara Musim Luruh 2019
  • Liga Profesional PUBG Mobile Thailand Musim Pertama 2020 (Peringkat Musim)

Pada Grand Final PMGC Musim Zero yang lalu, RRQ Athena hanya mampu menyudahi di tangga ke-11.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved