Connect with us

PUBG Mobile

‘See You Later’ Rex – Team Secret

Published

on

KUALA LUMPUR – Selepas kira-kira tujuh bulan bersama, Team Secret memilih untuk mengucapkan selamat tinggal kepada pemain profesional PUBG Mobile Asyam Allam Hafiz Syayuti (Rex).

“Banyak gelak tawa kita kongsi bersama. Anda akan sentiasa menjadi rakan dan saudara kami.

“Kami teruja untuk melihat perjalanan anda selepas ini dan kami menyifatkan ia tidak jauh. Jumpa lagi,” kata Team Secret dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Rex juga turut meninggalkan kata-kata terakhir sempena pengumuman itu.

Menurut Rex, dia sangat menghargai setiap pengalaman yang dilalui bersama dengan Team Secret.

“Setiap permulaan ada pengakhirannya. Terima kasih kerana tidak pernah berputus asa dengan saya.

“Terima kasih Team Secret kerana memberi peluang besar kepada saya, yang mungkin orang lain tak dapat.

“Terima kasih peminat-peminat Team Secret kerana menyokong kami ketika kami kalah dan menang,” kata Rex dalam satu video pengumuman hari ini.

Walaupun hanya setahun jagung dalam arena profesional PUBG Mobile, Rex juga telah beberapa kali membuat kemunculan di peringkat antarabangsa, termasuk di peringkat Asia Tenggara dan di dunia.

Rex memulakan perjalanan bersama Team Secret di PMWL Musim Zero 2020 (ranking ke-15) dan mengakhiri perjalanan di PMGC Musim Zero 2020 di ranking ke-7.

Rex juga telah membantu Team Secret memenangi PMPL MYSG Musim Kedua di peringkat liga dan final pada tahun lalu.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved