Connect with us

PUBG Mobile

Rex galas tanggungjawab baru di Thailand, sertai Secret Jin

Published

on

KUALA LUMPUR- Bekas pemain profesional bagi Team Secret MY, Asyam Allam Hafiz Syayuti (Rex) sah menyerai pasukan Thailand, Secret Jin.

Rex berkata dia akan memulakan misi terbarunya bersama pasukan itu dalam Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL) Thailand yang akan datang.

“Saya akan sertai Secret Jin pada musim kali ini. Doakan saya dalam PMPL Thailand nanti,” kata Rex dalam satu video pengumuman yang dimuatnaik di akaun media sosial Secret Jin.

Dalam video tersebut turut kelihatan beberapa pemain Secret Jin, Yongyuth Riyaten (GZ), Thanadol Waiyawudthi (Twokay) dan Totsaporn Udomrak (Cosmos) yang memberi ucapan untuk mengalu-alukan kedatangan Rex dalam pasukan itu.

Kemasukan Rex ke pasukan itu juga menjadikan dia pemain Malaysia yang pertama untuk bermain di Liga Profesional PUBG Mobile Thailand.

Pasukan Secret Jin tidak lagi asing dalam arena kompetitif PUBG Mobile Asia Tenggara apabila berjaya melayakkan diri ke pentas antarabangsa di kejohanan PUBG Mobile Global Championship.

Antara pencapaian lain Secret Jin termasuklah tempat ketiga kejohanan Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (PMPL SEA) dan Tempat Ketujuh Liga Profesional PUBG Mobile: Musim Bunga 2020

Pasukan Secret Jin sebelum ini ditubuhkan pada 10 Oktober yang lalu apabila mengumumkan kolaborasi dengan syarikat kopi tempatan, Jin’s Coffee untuk menubuhkan pasukan e-sukan tersebut.

Sebelum ini, pengurus Team Secret Malaysia, OntheGo sempat memberi petunjuk mengenai haluan baru Rex dalam satu ucapan ringkas semalam.

“Jumpa anda di peringkat akhir Asia Tenggara (SEA), saya akan suruh Madtoi untuk ‘pan’ (hentak guna kuali) awak nanti” gurau OnTheGo.

Jangan lupa sasikan Rex dan pasukan baharunya di Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL) Thailand pada Mac nanti!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved