Connect with us

PUBG Mobile

uHigh ke Indonesia atau tidak?

Published

on

DESAS-DESUS pemain profesional e-sukan Dhiya Ulhaq Mohd Arasz (uHigh) akan ke Indonesia akan menjadi sekadar ‘hype’ apabila dia berkemungkinan besar akan tersenarai dalam barisan utama Skuad PUBG Mobile Team Secret Malaysia pada musim kali ini.

Dalam satu gambar yang dimuatnaik Team Secret pada Jumaat lalu, ia seolah-olah memberi petunjuk bahawa uHigh akan terus bersama pasukan itu.

“Ada yang memanggilnya Miracle Boy kerana skil unik dan ada juga menggelarkannya Uncle Roger (Dengan Bajet) kerana nasi goreng telur terbakarnya.

“Bolehkah anda teka siapakah pemain ketiga rasmi PUBG Mobile MY kami dalam musim kali ini,” kata Team Secret.

Sebelum ini, uHigh pernah menerima jolokan Miracle Boy daripada peminat-peminat Team Secret dan pernah melakukan satu vlog memasak seperti personaliti Uncle Roger di YouTube.

uHigh menyertai Team Secret pada 6 Februari 2020 dan telah mengutip banyak pengalaman bersama pasukan itu.

uHigh telah memenangi peringkat Final Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MYSG) sebanyak dua musim berturut-turut.

Dia yang sering muncul dalam ranking Terminator tanah air, sering kali mewakili Malaysia di peringkat Asia Tenggara dan dunia.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved