Connect with us

PUBG Mobile

PMPL SEA Final: Malaysia terbaik di Asia Tenggara, Yoodo Gank cipta sejarah

Published

on

KUALA LUMPUR – Pasukan PUBG Mobile Malaysia Yoodo Gank dinobatkan sebagai juara Grand Final Liga Profesional Asia Tenggara (SEA Final) Musim Pertama 2020.

Yoodo Gank yang sinonim dengan gelaran Team 2020 dan The One and Onleh beraksi sangat cemerlang sejak hari pertama kejohanan dan berjaya mengutip 284 mata.

Menerusi kemenangan di tempat pertama itu dengan menewaskan 15 pasukan Asia Tenggara yang lain, Yoodo Gank secara automatik mendapat slot di Blok Timur untuk bertarung di Liga Dunia PUBG Mobile dan membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM128,000 (AS$30,000).

Yoodo Gank turut mendapat hadiah wang tunai tambahan kira-kira RM10,700 kerana mendapat lima Chicken Dinner dari 15 pusingan yang dipertandingkan di SEA Final.

Sementara itu, Yoodo Gank turut membawa pulang kira-kira RM12,000 apabila memenangi Anugerah Pasukan Paling Popular (Malaysia) SEA Final itu.

Kejohanan SEA Final turut menyaksikan pemain Yoodo Gank, Abdul Azim Ikromi Abdul Rashid (Draxx) memenangi Anugerah Pemain Terbaik (Gunkiller Player).

Draxx membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM21,400 (AS$5,000).

Selain Draxx, Yoodo Gank terdiri daripada Aiman Mohamad (Man Parang) sebagai kapten, Muhamad Izzrudin Hashim (Jumper) dan Ahmad Fuad Razali (Fredo).

Sejak barisan ‘Team 2020’ Yoodo Gank diperkenalkan pada akhir tahun lalu, pasukan ini telah meraih pelbagai pencapaian antaranya:

  • Juara SEA Final Musim Pertama 2020
  • Naib Juara Grand Final Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG) 2020
  • Naik Juara PMPL MY/SG (Peringkat Liga) 2020
  • Tempat Ketiga Selangor Cyber Games – Edisi Piala Duduk Rumah 2020
  • Tempat Ketujuh Kejohanan Peacekeeper Elite di China 2019

Menerusi kejohanan SEA Final, Yoodo Gank membawa pulang wang tunai kira-kira RM174,000 (AS$40,500) secara keseluruhan.

Sementara itu dua lagi pasukan Malaysia, Team Secret MY dan Bigetron AROV masing-masing mengakhiri edisi SEA Final bagi musim pertama 2020 itu di kedudukan ke-lima dan ke-12.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved