Connect with us

PUBG Mobile

PMPL SEA Final: Semua ini tidak akan berlaku tanpa keizinanNya – Fredo

Published

on

Fredo bersyukur Yoodo Gank dapat beraksi dengan baik. Foto WTM / MARIAH AHMAD

KUALA LUMPUR – Prestasi cemerlang Yoodo Gank dalam Grand Final Liga PUBG Mobile Asia Tenggara (SEA Final) Musim Pertama 2020 tidak dapat dilakukan dengan sebaiknya tanpa keberkatan dariNya, kata pemain profesional Yoodo Gank Ahmad Fuad Razali (Fredo).

Fredo berkata dia bersyukur apabila pasukannya dapat beraksi dengan baik dalam kejohanan itu, setanding dengan negara-negara luar.

“Alhamdullillah, semua ini tidak akan berlaku tanpa keizinanNya.

“Memang terkejut kerana tidak sangka kami dapat beraksi seperti ini dan dapat memberi saingan kepada pasukan-pasukan yang mempunyai nama besar. Alhamdulilah,” kata Fredo.

Fredo berkata demikian dalam satu temu bual bersama pengulas e-sukan Andriayana Mohamed Ghazali (ChuChu) selepas Yoodo Gank berjaya mengutip Chicken Dinner kelima pada malam tadi.

Yoodo Gank kini sedang mendominasi arena SEA Final, gah menduduki tempat pertama dengan 272 mata.

Selain Fredo, Yoodo Gank terdiri daripada Aiman Mohamad (Man Parang) sebagai kapten, Muhamad Izzrudin Hashim (Jumper) dan Abdul Azim Ikromi Abdul Rashid (Draxx).

Mereka dijangka menjuarai SEA Final Musim Pertama 2020 yang berbaki satu pusingan ketika ini.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved