Connect with us

PUBG Mobile

Ada 1 hari lagi Bigetron AROV, anda boleh lakukannya – BiuBiu Team Secret

Published

on

Kapten Team Secret MY BiuBiu memberi kata-kata semangat kepada pasukan senegara, Bigetron AROV.

MESKI Grand Final Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenngara (SEA Final) Musim Pertama 2020 bakal melabuhkan tirainya pada hari ini namun misi memburu kemenangan dan meraih slot ke Liga Dunia masih belum tamat.

Kapten pasukan Team Secret MY Jiunn Jie Kow (BiuBiu) berkata Bigetron AROV boleh terus memberikan yang terbaik dalam kejohanan yang berbaki lagi lima pusingan itu.

“Selamat maju jaya kepada Bigetron AROV. Ada satu hari sahaja lagi. Anda boleh melakukannya,” kata BiuBiu.

BiuBiu berkata demikian ketika ditanya pengulas e-sukan Andriayana Mohamed Ghazali (ChuChu) mengenai apa yang ingin diungkapkan kepada pihak lawan selepas Team Secret MY meraih Chicken Dinner pertama di SEA Final pada semalam.

BACA: BiuBiu Team Secret catat Malaysia Book of Records

Dalam perlawanan hari kedua SEA Final pada malam tadi turut menyaksikan ketiga-tiga pasukan Malaysia, Bigetron AROV, Yoodo Gank, dan Team Secret MY berjaya mengutip Chicken Dinner dalam lima pusingan yang dipertandingkan.

TONTON AKSI WWCD SEA FINAL DI INSTAGRAM WTMTODAY

Bigetron AROV meraih Chicken Dinner di Miramar, Yoodo Gank di Sanhok dan Team Secret MY di Vikendi pada hari yang sama SEA Final.

Berbaki lima lagi pusingan, 16 pasukan terbaik Asia kini sedang bersaing untuk menduduki tempat teratas dalam kejohanan itu.

Dua slot disediakan untuk jaguh-jaguh Asia Tenggara mewakili negara masing-masing ke liga dunia.

Ketika ini, pasukan Malaysia Yoodo Gank berada di tangga pertama dengan 177 mata.

Sementara itu, Team Secret MY berada di tempat keempat dengan 122 mata. Team Secret MY bagaimanapun telah berjaya mendapatkan slot ke liga dunia selepas memenangi PMPL MY/SG pada bulan lalu.

Bigetron AROV yang berada di tangga ke-10 pula kini ketinggalan 84 mata di belakang penyandang tempat kedua, RRQ Athena.

Mereka perlu mencipta kejutan dan keajaiban jika mahu mendapatkan slot liga dunia itu.


“Selagi game belum habis, selagi itu tiada erti kalah. Kami akan cuba memberikan yang terbaik,” kata kapten Bigetron AROV, Khairunnazri Masli (Boyka).

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WTM Media Sdn. Bhd. Company No: 202501057013 (1658419-U) All Rights Reserved